Friday, May 22, 2009

Khutbah Jumaat

Hari ini aku mengantuk betul. Hari pun panas, so aku pun pegi masjid awal sikit. Sebab nak cop duduk kat dalam mesjid. Kalau duduk kat veranda, panas beb.

Masa dengar khutbah, sekali sekala terlelap jugak. Tapi kontrol sikit, supaya tak terkeluar air liur.

Tajuk khutbah pasal belia, tu je la yang aku tau dan dapat tangkap sikit-sikit apa yang pak Imam sampaikan.

Tengah kushuk layan mengantuk, tiba-tiba....jeng...jeng...jeng.... Imam tu pun menyebut "apa yang penting?....apa yang penting?..." secara automatik aku sambut dalam hati....KERJASAMA....kah..kah..kah...aku tersenyum. Dalam khutbah ada terselit cerita Wonder Pet.

Lepas dari tu aku tak ngantuk lagi.

1 comment: