Friday, May 8, 2009

Alahai Dubai.

Dubai...ko pun perit jugak ek. Macam mana nak gi keje kat sana? Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....lebih baik di negeri sendiri sebab ada budu dan tempoyak.

MEREKA yang tidak pernah melawat Dubai mungkin tidak berasa perubahan yang berlaku di bandar besar ini, malah mungkin menganggap tanda ‘Untuk Dijual’ di kereta Hummer yang bergerak di lebuh rayanya satu perkara biasa.Namun, hakikatnya, Dubai kini merasai kesan daripada krisis ekonomi dunia. Papan tanda ‘Mesti jual, tinggalkan Dubai’ kini kerap dilihat pada iklan di akhbar ketika pekerja asing cuba menjual barangan terpakai seperti perabot, kereta dan kelengkapan dapur. Jika dilihat lebih teliti, banyak apartmen dan ruang pejabat kini terbiar kosong.Hakikatnya, imej Dubai, demi untung dan impian besar menerima kesan secara langsung akibat krisis itu.Ekonomi yang merudum pada mulanya membantutkan pertumbuhan ekonomi Dubai dan kemudian ia menggugat pertumbuhan pembangunan bandar itu sekali gus menyebabkan kira-kira lima peratus buruh warga asing pulang ke negara mereka.


Laporan yang dibuat Shuaa meramalkan penduduk Dubai bakal jatuh daripada 1.7 juta tahun lalu kepada 1.62 juta pada hujung tahun ini akibat projek pembangunan yang semakin berkurangan sekali gus memaksa pekerja asing pulang.


Meskipun pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendakwa permohonan visa masih kekal sama, penulis laporan itu, Mahdi Mattar menegaskan, jumlah itu mungkin bertambah kepada 10 peratus tahun ini. “Lebih ramai yang mungkin pulang jika golongan menengah India memutuskan untuk meninggalkan Dubai selepas tamat belajar. Hakikatnya, Dubai adalah pusat taufan di rantau Teluk,” katanya.Firma penyelidikan pasaran, Proleads pula melaporkan, sehingga Februari, kira-kira 53 peratus projek pembangunan di UAE dibekukan dan banyak lagi yang mungkin menyusul tahun ini.Senario sama berlaku di mana-mana saja dan syarikat perunding, Jones Lang LaSalle menunjukkan jumlah ruang pejabat yang terbiar kosong di Dubai meningkat dua kali ganda kepada 16 peratus sejak enam bulan lalu.Pihak berkuasa Dubai, bagaimanapun membayangkan senario itu hanya sementara, tapi ada juga pihak yang gembira ia berlaku kerana sekurang-kurangnya kini harga hartanah bakal turun.Bagi sesetengah pemimpin Arab, senario itu menyebabkan mereka menyuarakan perasaan yang sudah lama dipendam akibat keterbukaan yang menjadikan negara itu lebih cenderung mengamalkan budaya Barat iaitu berpoya-poya dan bergaul bebas di kelab malam yang bertaburan di bandar itu.Antara perubahan dilaksanakan ialah tindakan pihak berkuasa melancarkan akta kelakuan di tempat awam yang menghalang orang awam berpakaian menjolok mata.Mustafa Alani dari Pusat Penyelidikan Teluk membayangkan pendekatan baru di Dubai merangkumi perubahan dalam merancang projek mega hinggalah kepada kelakuan harian.“Ketika berjaya, Dubai tidak memikirkan hanya keuntungan dan ada akan menerima apa saja yang dilaksanakan. Kini, masyarakat tidak lagi mahu bersama Dubai,” kata ejen hartanah, Michal Mroz.Meskipun perubahan kini turut berlaku di bandar lain, pesaing utama Dubai, terutama Abu Dhabi dan Doha, Qatar tidak menghadapi krisis sama sepertinya kerana ia masih memiliki simpanan minyak yang besar.Dubai pula bergantung penuh kepada pelabur asing yang mengambil kesempatan terhadap pengecualian cukai yang ditawarkan dan juga dagangan yang dilaksanakan di negara itu.“Dubai adalah contoh globalisasi dan juga pelaburan asing. Ia memiliki reputasi dan contoh sebuah negara yang diurus seperti sebuah syarikat. Namun, ia juga mengalami masalah sama yang dialami syarikat global,” kata Mahdi lagi.Bagi pekerja asing, mereka memiliki cara tersendiri untuk berundur dari Dubai.Di kawasan komersial Dubai, Abdul Gafoor, 43, kelihatan membantu isteri dan dua anaknya berkemas untuk pulang ke Kerala, selatan India sebaik saja sekolah mula bercuti hujung bulan ini. Anak sulungnya pulang ke India tahun lalu selepas perniagaan kosmetiknya mula merudum.Beliau kekal di Dubai dengan harapan bisnesnya pulih kembali, tapi harapannya itu kini sudah berkubur dan dia bersedia pulang bersama keluarga untuk bekerja dengan gaji yang kecil.“Masa depan di sini tidak menentu dan satu-satunya pilihan saya ialah pulang ke India,” katanya yang berhijrah ke Dubai pada 1988.Di Pulau Jumeirah, pulau buatan yang dibentuk seperti pohon kelapa - apartmen milik warga Afrika Selatan, Ramse dan isterinya kini terbiar kosong. Ramse terpaksa berpindah selepas syarikat hartanah tempat beliau bekerja memberhentikannya.Mereka menjual perabot dan kemudian berpindah ke apartmen rakannya di pusat bandar Dubai.“Kami hidup selesa di Dubai sebelum ini, tapi ia berubah begitu pantas. Kini kami perlu memikirkan semasak-masaknya sama ada ingin kekal di sini atau pulang ke Cape Town,” katanya.Bagaimanapun, pemimpin Dubai enggan menunggu krisis ekonomi dunia berakhir dan awal bulan ini satu delegasi melawat agensi promosi utama London bagi mengenal pasti cara terbaik mengatasi masalah yang dihadapi bandar itu.Presiden UAE, Sheik Khalifa bin Zayed Al Nahyan turut memiliki pandangan positif terhadap masa depan negaranya.“Hakikatnya, kedudukan ekonomi UAE di peta dunia bukanlah bersifat sementara atau mudah terhakis,” tegasnya. - AP

Note: Aku cekau artikel ni dari MyMetro Sabtu, 9 May 2009. (Variasi Global).

No comments:

Post a Comment