Friday, October 9, 2020

Meningkatkan Taraf Hidup Dengan Kelulusan dan Pengalaman Kerja.

 Assalamualaiku dan salam sejahtera.

Posting kali ini mengisahkan tentang saya ingin mencuba nasib untuk meningkatkan kerjaya setelah memperolehi Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Syarikat yang saya pohon masih dibawah satu kumpulan dengan syarikat tempat saya bekerja sekarang. Deskripsi tugas pun sama, jadi tiada masalah jika saya bekerja di syarikat berkenaan kelak.

Jawatan tersebut telah diiklankan di dalam "Internal Job Posting" syarikat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Jurutera Kanan (gred EG11).

Pada 25 September 2020, saya telah dipanggil untuk sesi temuduga di Kuala Lumpur. Persiapan awal telah dibuat seperti menyediakan folder untuk sijil-sijil asal jika pihak penemuduga ingin melihat salinan asal. Siap sekali beli seluar baju dan tali leher. Al maklumlah, dah 22 tahun tak ditemuduga 😁.

Persiapan-persiapan lain seperti info-info teknikal dan latar belakang ringkas mengenai syarikat tersebut dikaji. Nanti kalau kene soal takdela tak tau langsung. Kalau tak tau buat apa mohon kerja kat situ kan?

Waktu temuduga, secara keseluruhannya saya tidak ada masalah, kelulusan ada, pengalaman ada (22 tahun tu, minimum 5 tahun je), pengetahuan teknikal dah macam air sungai mengalir, kalau bercerita 1 jam tak cukup, pengetahua pengurusan, pun dah biasa buat, budget, analisa, mengurus, merancang dan sebagainya semua pernah buat.

Cuma 1 je masalah dengan permohonan tersebut. Berkaitan dengan gred jawatan. Jawatan yang dipohon adalah bergred EG11, sedangkan saya sekarang berada pada gred EG9. Wakil HR mengatakan bahawa agak sukar jika saya terus melangkau ke gred EG11 kerana dalam jawatan kumpulan syarikat yang sama, saya tidak boleh melangkau gred. Saya perlu berada pada gred EG10 terlebih dahulu. Kalau naik kepada gred EG10 sekali pun, gaji saya tak naik banyak sebab dah "super senior". Dengan kehidupan di Kuala Lumpur, kemungkinan kos sara hidup agak tinggi dengan kenaikan yang sedikit. Lagipun syarikat tersebut menjalankan pernigaan yang memberi keuntungan yang sedikit. Hal ini yang membuatkan saya terpaksa berfikir banyak kali untuk menerima tawaran ini jika ditawarkan.

Bagaimanapun, tunggu ajelah keputusan dari pihak syarikat berkenaan.

Wassalam.