Saturday, July 21, 2018

WACycles Timing Chips XC Challenge 2012

Ahad, 17 Jun 2012. Lokasi Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Berlangsungnya satu acara perlumbaan MTB buat julungkalinya diadakan di sini. Apa yang menarik di dalam perlmbaan kali ini, selain disertai oleh ramai penunggang antarabangsa dan wakil negara (profesional la senang kata), acara ini juga memperkenalkan satu format catatan masa secara automatik kepada setiap peserta.

Di sini aku terangkan serba sedikit apa yang bakal berlaku kepada peserta. Setiap peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan seramai tidak melebihi seramai 200 peserta. Kemudian setiap peserta akan diberi "no. plate" dan jalur chip dilekatkan pada "no.plate" berkenaan. Nama peserta telah diprogramkan didalam setiap chip. Setiap kumpulan akan dilepaskan sela 5 minit.

Setiap "check point" (CP) juga diletakkan "transponder" (transmit & respond) kata melayu alat pengesan untuk "scan" setiap peserta yang lalu di atas atau dibawahnya. Jadi, dengan adanya sistem ini, keputusan catatan masa peserta direkord secara automatik mengikut turutan masa dari yang paling awal tiba sehingga yang paling terakhir tiba.

Pukul 7:30 pagi lagi aku dah ada kat Jalan Lembah tempat

Fixie, Perlumbaan Raja Bukit.

Pada 2 June 2013 lalu, Rinting Bikers Club telah menganjurkan satu perlumbaan fixie untuk merebut juara bukit di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Format perlumbaan adalah seperti berikut:
1. Peserta dikehendaki menghabiskan 7 pusingan tasik Bandar Seri Alam.
2. Mendaki bukit sehingga menamatkan perlumbaan di puncak "bukit love".

Total jarak kayuhan adalah 18-20km.

Kita Kembali Lagi Ditahun 2018.

Assalamualaikum,

Dah lama sungguh saya tak berblog ni. Ntah le kali terakhir tahun bila. Tapi rasanya memang dah lama sangat rasanya.

Anak saya yang sulung pun dah tingkatan 3 sekarang di MRSM JB. Ambik PT3 le tahun ni. Tengah straggle la tu dengan segala benda ujian dan tugasan. Anak no 2 pulak dah darjah 2 di SKTR2 dan yang no.3 nak masuk 3 tahun hujung tahun ini.

Rasa cepat masa belalu. Aku pun dah nak habis study kat UTM dalam jurusan Kej.Mekanikal. Subjek dah tak banyak lagi. Pejam celik pejam celik dekat 10 tahun aku belajar kat sini. Hebat sungguh. He..he..he. Sekarang ni cuma nak hantar report Latihan Industri, Buat Projek Sarjana Muda 2, ambik subjek Heat Transfer dan Control. Sekarang tengah ambik subjek Ekonomi Kejuruteraan.

Pasal orang tua aku kat kampung pulak, ayah aku dah tak berepa sihat lagi. Dia kene buat dialisis setiap minggu. Mak aku sihat lagi. Cuma kengkadang sakit-sakit kaki.

Mak mertua aku pulak sekarang ni dah duduk kat umah baru. Rumah kayu lama dah dirobohkan dan tanah di sekitarnya dibuat rumah batu dan kedai 3 pintu untuk disewakan untuk pendapatan sara hidup. Mak mertua aku ni dah tak buat dah service sebagai cleaner. Dah tak larat.

Sepanjang sunyi dari dua blog ni, ramai jugak kenalan aku dah meninggal dunia. Ada yang kene strok, ada yang sebab jantung dan ada juga yang disebabkan oleh kanser. Sihat sihat macam aku ni pun tak terkecuali mendapat penyakit jugak. Batu karang dalam buah pinggang.

Kali pertama tahu mendapat batu karang ni pada tahu 2006. Batu tu keluar sendiri dengan makan ubat. Awal tahun 2018...lepas raya cina aku kene kali ke dua di sebelah kanan dengan sais 9mm. Bulan 3 operate keluarkan selepas 2 minggu diselitkan satu stem dalam salur buah pinggang ke pundi kencing.

Ingatkan dah selesai, rupanya datang balik baru-baru ni. Lagi besar dan lagi banyak. 3 bijik semuanye. 1 kecik sebelah kiri dan 2 besar di sebelah kanan. Yang sebelah kanan salah satunye dah tersangkut kat salur ke pundi kencing. Sakit wooo. So masa blog ni dikarang, aku dalam cuti hospitalization la 10 hari start pada 16 Julai sampai 25 Julai.

Mungkin sebab aku minum air mineral. Rupanya air mineral yang botol biru tu tak bagus untuk pesakit batu karang macam aku ni. So lepas ni minum air minuman aje la. Bagus pun. Murah sikit.

Oklah, nasihat aku pada semua pembaca, jaga-jagalah kesihatan masing-masing. Jaga makan dan minum, lebih-lebih lagi pada kita yang dah berumur 40an.