Tuesday, June 11, 2013

Pochong Nite Ride 2013, Bandar Tiram Johor (8 Jun 2013)

Pada 8 Jun 2013, aku berkesempatan menyertai Pochong Nite Ride (PNR) pada tahun ini (2013). Tahun lepas aku baru sangat berjinak dengan sukan berbasikal (MTB) ni. Pada tahun itu juga aku hanya berkesempatan mengikut team OJCT (yang menganjur acara tersebut buat pertama kali) menjejak laluan PNR12.
Oleh kerana aku ada banyak komitmen lain pada setiap hujung minggu, aku membuat keputusan untuk menyertai PNR13 ni pada saat akhir. Tak banyak persediaan yang aku buat utuk PNR13 ni cuma siap sedia basikal, lampu, spare tube yang dibeli pada saat akhir, pam tayar, botol air dan kayuh memanas badan 2 - 3 kali je sempat pada minggu tu.

Aku berangkat ke tapak acara (Bandar Tiram) dengan menumpang pick-up Yusdi. Hujan lebat yang turun selama lebih kurang 30 minit menyebabkan perjalanan kami agak perlahan kerana jem. Tapi takpe....bukan kita aje yang lambat, peserta lain pun ada juga saing sekali lambat.
Sampai je ramai dah peserta bersiap sedia, nak cari parking pun susah. Terpaksa parking jauh. Masa cuma ada 1 jam aje untuk kita bersiap dan berkumpul di starting line.
Kat starting line semua dah stand by kat depan pntu gerbang. Oleh kerana system cip digunakan pada acara ni, tak kisah la duduk kat mana pun, masa akan dicatat pada awal dan akhir oleh pengimbas.
Tepat jam 8:30 malam, peserta dilepaskan.


Dari Starting Ke Check Poin 1

Lebih kurang 8:30 malam peserta dilepaskan. Laluan yang digunakan adalah jalanraya Tiram-Kota Tinggi. Selepas jalanraya, peserta terpaksa berasak-asak mendaki laluan sempit, beralur dan berbatu longgar. Pendakian aku tiada masalah, cuma terpaksa mengelak peserta yang terhenti di tengah laluan selain mengelak batu longgar dan alur air.

Laluan diteruskan di atas kawasan lapang (yang baru ditanam rumput) dan dirasakan tidak rata. Di situ peserta terpaksa memanjat batas. Lepas tu downhill atas laluan berbatu dan di kanan laluan tu kita boleh dengar bunyi air mengalir macam ada alur air kat situ.

Kemudian keluar semula ke jalan besar. Aksi kejar-mengejar dan potong memotong banyak belaku kat sini. Aku kayuh biasa je, malas nak bazir tenaga....jauh lagi perjalanan.

Sampai kat CP1, peserta diberikan air sahaja, tiada pisang. Memang plan aku untuk tak berhenti di CP1. Dapat je air botol tu, curah je atas kepala.....perghh...sejuk. Balance-nya aku teguk.

Ke Check Point 2

Laluan sini guna jalan kampung. Aku familiar sangat laluan ni, sebab aku pernah ikut jejak laluan PNR12. Cuma alirannya menyonsang. Penduduk kampong, terutama sekali kanak-kanak seronok sekali menonton kami berkayuh. Ada jugak suara makcik-makcik menyakat, "bukit ni rendah aje, kat depan tu lagi tinggi", psycho je makcik tu, ada aku kesah. Laluan sini macam roller coaster. Naik, turun, naik, turun....tak penat sebab jalan tar.

Sampai satu downhill, yang sangat-sangat aku familiar....siap bagi warning kat peserta lain supaya berhati-hati sebab kat situ ada "speed bump".

Apa lagi, masing-masing melompat la....termasuk le aku. Akibatnya, botol air aku terbang. Adoi. Mana aku nak cekau air masa kayuh ni? Masa KIP Jamboree dulu aku pernah jadi kes gini, aku siap patah balik ambik botol air. Kali ni tak dapat nak diselamatkan botol air tu. Sebelum tu pun dah banyak botol air peserta lain aku nampak berterabur kat atas jalan.

Ada satu downhill jarak jauh....best sebab jalan tar. Kelajuan aku tak tau sebab basikal aku tak ada meter. Kat hujung downhill ada selekoh tajam ke kanan. Apa lagi, tarik brek belakang sesedap rasa (tak lock tayar), terus ambik selekoh tu macam aksi MotoGP. Ada peserta kat belakang aku macam seronok menikmati downhill tu, nasibnya tak diketahui sebab apa yang aku ingat, aku dengar bunyi tayar bergesel dengan jalan agak panjang bunyinya.

Sampai kat CP2 aku cuma ambik air je. Pisang tak ambik. Minum sikit....selebihnya aku letak kat tempat botol.

 Ke Check Point 3

Lepas je CP2, laluanya 100% takde tar. Melampau sangat aku kata offroad sebab offroad ni laluan takde bentuk jalan. Tapi aku gambarkan laluan ni laluan yang kenderaan boleh lalu cuma tak diturap. Dah la lepas hujan, lopak sana sini. Kalau tak lopak pun tambakan pasir menjejaskan kelajuan. Mana taknya, macam kayuh dengan tayar kempis.

Laluan sini memang gelap, tak macam lalauan sebelumnya yang ada lampu jalan. Di sini lampu yang dipakai amat penting untuk menyuluh laluan dan menjejak tanda trail.

Tak banyak benda yang boleh aku gambarkan di laluan ke CP3 ini kecuali kayuhan mendaki yang banyak (tak kesudahan), jalan yang berlopak, berselut, berpasir dan gelap.

1 km untuk sampai ke CP3 dirasakan sangat jauh. Kadang-kadang rasa sakit kat kaki (krem) mengganggu kayuhan. Dah le naik bukit. Spray dengan pain killer pun dah tak jalan. Jalan pun dah macam robot, tak boleh nak bengkok kaki.

Akhirnya sampai juga kat CP3. Kat situ aku rehat lama sikit, teguk 2 botol air dan pekena sebijik pisang. Sebelum menyambung kayuhan....sempat membuang hajat kecik dulu.

Ke Penamat

Selepas aje CP3, peserta keluar ke jalan utama JB-Kota Tinggi. Kat sini laluan atas jalanraya aje sehingga ke penamat.

Kesimpulan

Bagi aku, kayuhan malam ni memang mencabar dalam hutan atau off road. Kalau tak ada periapan rapi seperti lampu yang sesuai, mental yang tinggi dan berani, memang putus asa kat dalam hutan tu. Apapun pihak penganjur memang terbaik.




Tuesday, June 4, 2013

Minggu Yang Sibuk

2 minggu kebelakangan ini dan kehadapannya agak sibuk sekali dengan bermacam aktiviti. Dengan basikal, cuti sekolah, anak-anak, study, exam dan kerja.

Minggu ni aje kat tempat kerja 2 orang staff tak ada sebab gi umrah. Antara orang yang terpenting adalah kerani aku. Bagi aku kalau boss takde takpe....kerja tetap jalan. Kalau kerani takde...kerja aku tak jalan.

Mana taknya, kalau dulu aku main order aje, sekarang ni...semua kene buat sendiri. Paling kritikal ialah memastikan stok supply tak terputus. Kalau tak mampus.

Filing memang hancus la....siap la dia balik dari umrah sok....letih la layan filing.

Apa pun aku doakan agar kerani aku tu sihat sejahtera dan selamat menjalani umrah.