Saturday, December 25, 2010

Kalau Nak Untung Pun, Agak-agak La Sikit.

Petang tadi masa gi cari barang kat kedai, aku singgah jap kat satu promosi motor kat TESCO Seri Alam. Mula-mula aku hanya nak tengok harga dan down payment superbike yang dia ada. Tanya dia loan dari bank mana? Satu nama bank tak disebut, cuma Aeon je yang aku biasa dengar. Cakap pasal AEON Credit ni, kita memang sedia maklum cas dia sama macam kad kredit atau 18% setahun interest-nya.
Mula-mula aku tak terkejut lagi sebab jumlah down payment tu kira stendet je dengan kedai lain. Bila tengok pada instalment tiap-tiap bulan yang agak tingi tu, aku mula syak interest dia agak tinggi jugak.
So aku pun mula buat formula kira-kira nak tau berapa interest yang dikenakan.
Jika;
Harga motor = RM 35,000.00
Down Payment = RM3,800.00
Maka, loan = RM31,200.00
Diketahui, instalment setiap bulan untuk down payment RM3800.00 ialah sebanyak RM981.00 selama 60 bulan (5 tahun).
Maka, persamaan boleh diterbitkan seperti ini;
RM31,200.00 X (interest % setahun) = (RM interest setahun)
(RM interest setahun X 5 tahun) + RM31,200.00 = RM981.00 X 60 bulan
(RM interest setahun X 5 tahun) = RM58,860.00 - RM31,200.00
Maka,
RM interest setahun = RM27,660.00 / 5 tahun
RM interest setahun = RM5,532.00
Dengan ini,
RM31,200.00 X (interest % setahun) = RM5,532.00
Interest % setahun = RM5,532.00 / RM31,200.00
= 0.1773 atau 17.73%
Berbaloikah duit kita dibelanjakan sebanyak ini? Kenapa? Sekarang mari kita fikir sejenak.
Harga motor ialah RM35,000.00, interest selama 5 tahun ialah RM27,660.00 dan jumlah keseluruhan instalment anda selama 5 tahun ialah sebanyak RM58,860.00.
Jika kita tolak jumlah instalment selama 5 tahun (RM58,860.00) dengan jumlah harga motor RM35,000.00, maka keuntungan bersih syarikat kredit = RM23,860.00.
Bagaimana pula dengan down payment sebanyak RM3,800.00? Adakah ia betul-betul dapat mengurangkan jumlah instalment bulanan?
Pada pendapat saya, kedai motor akan mendapat keuntungan sebanyak 25% dari harga motor iaitu sebanyak RM8,750.00. Keuntungan ini diterima sejurus permohonan pinjaman diluluskan pihak kredit kepada pelanggan.
Renung-renungkan.