Sunday, September 16, 2018

Apa Itu LGBT?

Sekarang ni heboh di media sosial membincangkan pasal LGBT. Rata-rata netizen melemparkan tanggapan negatif terhadap golongan ini. Ya, sememangnya gejala ini melanggar fitrah kehidupan normal sebagai seorang manusia. Binatang pun kenal jantan betina kan?

Tapi adakah kita benar-benar faham tentang istilah LGBT ini? Mari kita sama-sama semak pemahaman masing-masing mengenai isu LGBT ini supaya kita lebih faham dan tidak menjadi fitnah kepada orang lain.

Maksud LGBT

LGBT adalah singkatan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud:

L = lesbian / Lesbo, nafsu cenderung kepada antara wanita sesama wanita.
G = Gay, nafsu cenderung kepada antara lelaki sesama lelaki.
B = Bisexual, nafsu kepada kedua-dua jantina.
T = Transgander, menukar jantina secara total melalui pembedahan.

Di Malaysia kita biasa nampak golongan lelaki lembut, perempuan tomboi dan mak nyah. Tapi adakah mereka ini tergolong dalam LGBT ni? Mari kita mendalami secara asas perkara ini supaya kita tak menfitnah mereka ini sebagai pengamal LGBT.

Lelaki Lembut

Masa saya berkunjung ke SOGO baru-baru ini, saya dapati golongan ini ramai didapati di bahagian perfume kat ground level pasaraya tu. Kalau kat JPO JB, saya jumpa kat butik NIKE sebagai promoter pakaian sukan lelaki. Sorang lagi bekerja di TESCO Seri Alam sebagai customer service, dan last jumpa kat TESCO Kulai. Suara dia buat announcement memaklumkan waktu urusniaga nak tamat sebijik mirip suara perempuan. 

Dulu saya ada seorang kawan yang berpewatakan lembut semasa bersekolah dalam tingkatan 4 dan 5. Dia ni tidur sekatil dengan saya. Sekatil sebab katil asrama tu double decker...ha...ha..ha. Dia tidur katil bawah.

Bukan sahaja berpewatakan lembut, muka pun dah macam pompuan dengan bulu mata panjang dan melentik. Suara pun macam perempuan. Itu yang dikurniakan Tuhan kepadanya.

Tapi golongan lelaki lembut ni takde la sampai nak pakai pakaian dan perhiasan perempuan, cuma gerak geri mereka aje yang seperti perempuan tapi cara pemakaian takde la pakai pakaian perempuan. Cuma ada la penggunaan beg tangan atau tas tangan perempuan. Tapi sekarang pun dah ramai lelaki mengepit tas tangan seperti perempuan oleh disebabkan fesyen zaman sekarang. Tak terlepas juga kaum suami yang mencibit tas tangan si isteri. Ha..ha..ha.

Tomboi

Tomboi yang saya pernah jumpa ada 2 golongan. Golongan pertama ciri-ciri kewanitaan masih ada, cuma suka berpakaian seperti lelaki. Kalau berjalan pun dah takde lenggok seorang wanita. Tapi kadang-kadang boleh aje berpakaian wanita.

Golongan kedua pula totally nak jadi macam lelaki. Gaya bercakap, tingkah laku dan perangai sebijik nak copy macam lelaki. Kalau mulut celupar tu celupar jugak le. Maki hamun tak tentu pasal. Lelaki pun tak macam tu. Kalau isap rokok, macam dia aje yang champion. Bak kata pepatah macam poyo.

Tapi ada jugak yang couple dengan perempuan normal. Tak tau la kenapa pasangan diorang tu pilih tomboi.

Mak Nyah a.k.a Pondan

Kalau dulu-dulu pondan ni kita kenali berpakaian wanita, berpewatakan seperti wanita dengan menyimpan rambut panjang dan bersolek. Kalau yang advance lagi siap buat pembedahan plastik untuk membesarkan buah dada. Tahap sampai mengubah jantina tidak le saya ketahui sebab belum kaji sampai ke tahap tu.

Mereka dikenali menjalankan aktiviti pelacuran, tapi ada juga yang bekerja secara profesional sebagai pelakon, ahli perniagaan dan bekerja sendiri.

Bagaimana Mereka Boleh Jadi Begitu (Lelaki Lembut, Tomboi dan Pondan)

Pada pandangan saya mudah sahaja. Pertama, mereka ini telah ditakdirkan begitu. Tapi bukan kita nak salahkan takdir. Tapi itu yang sepatutnya kita sebagai seorang Islam percaya.

Kedua, mereka sudah ada naluri tersebut sejak lahir. Nak kata salah didikan ibubapa pun tak boleh jugak sebab dalam keluarga saya, saya ada seorang kakak. Lain-lain semua adik beradik lelaki. Tak jadi tomboi pulak kakak saya tu. Sebab takde naluri ke arah lelaki, maka kakak saya tak jadi seorang tomboi.

Nak kata ia pengaruh kawan-kawan pun tak boleh jugak sebab kalau pengaruh kawan-kawan menjadi punca masalah lelaki lembut, tomboi dan pondan ni, dah tentu golongan ini sama ramai dengan penagih dadah dan perokok tegar.

Kaitan Mereka Dengan LGBT

Sekarang kita renung kembali, di mana penglibatan mereka dalam isu LGBT ini?

Nak kata semua lelaki lembut adalah "Gay" tak betul. Nak kata golongan Tomboi mengamal "Lesbian" pun tak betul.

Macam mana pula golongan "Bisexual"? Lagi le susah nak kenal.

Kalau golongan pondan tu boleh le kita kata diorang ni golongan "transgander" bila nampak ada perubahan bentuk tubuh terutama sekali pada buah dada. Tapi tak 100% kalau alat sulit masih kekal asli dan masih boleh kembali ke pangkal jalan atau bertaubat.

Tanggapan Negatif

Bila masyarakat kurang pemahaman perbezaan golongan lelaki lembut, tomboi dan pondan ini dengan LGBT ni, itu yang menjadi huru hara. Habis semua golongan ini dipersalahkan kerana menjadi model LGBT sedangkan LGBT ni satu permasalahan yang kita tak dipertontonkan secara terang-terangan di depan mata (buat masa sekarang... masa depan tak tau lagi).

Aktiviti LGBT

Dalam kebanyakan laman web barat mengenai aktiviti LGBT ini ada menggambarkan bahawa kehidupan mereka adalah normal seperti kita. Cuma berbeza pada gaya aktiviti seksual mereka.

Seperti kehidupan kita sebagai suami isteri, aktiviti seksual mereka juga adalah sulit dan tidak akan dikongsikan pada orang lain kecuali golongan "Bisexual" yang suka bertukar-tukar pasangan.

Golongan gay pula tidak semestinya dia seorang lelaki lembut. Apa yang saya pernah lihat dalam web site barat, golongan gay ini ada yang sado-sado.

Keadaan yang macam mana mereka ini boleh diambil tindakan?

Bagi pendapat saya, mereka ini boleh diambil tindakan sekiranya ditangkap beserta beberapa orang saksi sama seperti kes penzinaan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, agak sukar sebenarnya kita nak tuduh sebarangan kepada lelaki dan perempuan samada mereka ini tergolong dalam LGBT atau tidak kerana mereka adalah normal seperti kita kecuali si pondan. Aktiviti seksual mereka juga adalah sulit seperti kehidupan kita yang normal sebagai suami isteri. Sekiranya mereka ada melakukan aktiviti seksual, mereka patut diambil tindakan seperti pasangan normal yang melakukan penzinaan.

Penutup

Mereka juga adalah manusia yang lemah kadangkala tidak dapat kembali kepada fitrah kehidupan manusia normal mengikut jantina yang telah dikurniakan dan keinginan nafsu yang normal.

Ada kes golongan ini berjaya dipujuk untuk kembali ke kehidupan normal, tetapi telah kembali semula kepada kehidupan songsang setelah mendapat kritikan yang tidak membina dari netizen dari media sosial.

Saya ambik perbandingan mudah dengan penagih dadah dan perokok tegar. Golongan ini aje pun susah nak berhenti tabiat buruk mereka, apatah lagi lelaki lembut, tomboi dan pondan.

Apa pun golongan lelaki lembut, tomboi dan pondan ini dapat dikawal dari terus menjadi teruk sekiranya mereka tidak disisih masyarakat.

Akhir sekali sebagai penutup saya nak soal kembali.

Bolehkah kita hukum golongan lelaki lembut, tomboi dan pondan ini secara total sebagai Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender?