Saturday, December 25, 2010

Kalau Nak Untung Pun, Agak-agak La Sikit.

Petang tadi masa gi cari barang kat kedai, aku singgah jap kat satu promosi motor kat TESCO Seri Alam. Mula-mula aku hanya nak tengok harga dan down payment superbike yang dia ada. Tanya dia loan dari bank mana? Satu nama bank tak disebut, cuma Aeon je yang aku biasa dengar. Cakap pasal AEON Credit ni, kita memang sedia maklum cas dia sama macam kad kredit atau 18% setahun interest-nya.
Mula-mula aku tak terkejut lagi sebab jumlah down payment tu kira stendet je dengan kedai lain. Bila tengok pada instalment tiap-tiap bulan yang agak tingi tu, aku mula syak interest dia agak tinggi jugak.
So aku pun mula buat formula kira-kira nak tau berapa interest yang dikenakan.
Jika;
Harga motor = RM 35,000.00
Down Payment = RM3,800.00
Maka, loan = RM31,200.00
Diketahui, instalment setiap bulan untuk down payment RM3800.00 ialah sebanyak RM981.00 selama 60 bulan (5 tahun).
Maka, persamaan boleh diterbitkan seperti ini;
RM31,200.00 X (interest % setahun) = (RM interest setahun)
(RM interest setahun X 5 tahun) + RM31,200.00 = RM981.00 X 60 bulan
(RM interest setahun X 5 tahun) = RM58,860.00 - RM31,200.00
Maka,
RM interest setahun = RM27,660.00 / 5 tahun
RM interest setahun = RM5,532.00
Dengan ini,
RM31,200.00 X (interest % setahun) = RM5,532.00
Interest % setahun = RM5,532.00 / RM31,200.00
= 0.1773 atau 17.73%
Berbaloikah duit kita dibelanjakan sebanyak ini? Kenapa? Sekarang mari kita fikir sejenak.
Harga motor ialah RM35,000.00, interest selama 5 tahun ialah RM27,660.00 dan jumlah keseluruhan instalment anda selama 5 tahun ialah sebanyak RM58,860.00.
Jika kita tolak jumlah instalment selama 5 tahun (RM58,860.00) dengan jumlah harga motor RM35,000.00, maka keuntungan bersih syarikat kredit = RM23,860.00.
Bagaimana pula dengan down payment sebanyak RM3,800.00? Adakah ia betul-betul dapat mengurangkan jumlah instalment bulanan?
Pada pendapat saya, kedai motor akan mendapat keuntungan sebanyak 25% dari harga motor iaitu sebanyak RM8,750.00. Keuntungan ini diterima sejurus permohonan pinjaman diluluskan pihak kredit kepada pelanggan.
Renung-renungkan.

Thursday, October 14, 2010

MUET: Speaking test

Today I went for MUET speaking test at SM Dato' Penggawa Timur, Masai, Johor.

MUET is stand for Malaysia University English Test (MUET). It has 4 parts of test:

1. Speaking
2. Reading
3. Listening
4. Writing

In speaking, I have to sit in a group of 4 candidates. In my group is among of matrix student from UiTM. They must pass their MUET minimum with band 3. Myself....band 2 is enough.

Back to speaking test, it has 2 part:

Part 1: Individual presentation
Part 2: Group presentation

Firstly, the group will given an issue to be discuss, and the issue will be devided with 4 different point to be elaborate individualy.

2 minutes will be given to each candidate to create their point to talk. After that, 2 minutes for precsent it individually.

After each candidate finish present their point, the group will given 10 minutes to discuss about overall issue. 10 minutes will be given to discuss and present about the issue.

Total I was getting trough in this test was 30 minutes.

After this, I must prepare for other 3 test.

Wish me luck. Thank you.

Up-date : I pass at Band 3.

Saturday, September 18, 2010

Jatuh Motor

Petang raya ke-2, lepas tengok orang memancing ikan kat kuala, aku pun nak balik le ke rumah bawak motor kak ipar aku, honda wave.

Sampai satu bulatan kecik, aku pun cuba la nak sagat pemijak, macam biasa aku buat dengan yamaha lagenda aku, cubaan pertama ...srekkk...kena...cubaan kedua...srekkk...brappp...yang aku nampak jalan tar...helmet dah terhantuk kat jalan....visor tercabut.

Aku sempat tengok jari aku calar sikit ..pas tu cepat-cepat bangun...aku tinggalkan aje vosor yang tercabut, terus jalan. Malu weh.

Sampai rumah kene bebel dengan bini..he..he..he. Dia tau aku memang suka kona baring...last-last terbaring gak aku.

Bila cek balik, lengan kanan aku calar, lutut kanan calar, ibu jari kiri calar....seluar BOTTON aku waaa....calar gak kat poket....bekas petak baik punya....sebab kat poket tu aku letak ExpressMusic aku. Handphon???..OK. Baju BUM merah aku...OK. Muka..OK...tak rugi pakai helmet kat jalan kampung. Safety first.

Pengajaran buat aku hari itu, jangan nak menyagat lutut dengan motor yang tak diketahui performance dan kestabilannya. Lain kali cek tayar belakang dan depan dulu, baru boleh nak kona baring.

Lepas hari tu, rekord menunggang (tak jatuh) selama 10 tahun aku tercalar. Hampeh tul.

Tuesday, March 30, 2010

Cara-cara untuk upgrade lesen B2 kepada B

2 minggu lepas aku agak sibuk dengan sekolah memandu. Apa lagi, kalau tak untuk meng upgrade kan lesen B2 aku ke B full.

Gini ceritanya.

First sekali aku tanya kat driving academy kat Pasir Gudang ni, camno nak upgrade lesen. So dia bagi serba ringkas macam mana.

1. Kalau nak upgrade, kena ada lesen L yang terdahulu (walau pun dah mampus 12 tahun lampau). Tujuannya, supaya dapat pengecualian ujian undang-undang.
2. Masuk kelas teori 2 jam.
3. Masuk kelas amali. Bawak motor kat litar ujian.
4. Tunggu 2 minggu, dapat lesen belajar memandu L.

Lepas dapat L, kena belajar menunggang selama 9 jam setengah, termasuk 30 minit untuk ujian penilaian sebelum menduduki ujian JPJ. Sebelum tu, kena pegang L selama sebulan.

So sekarang ni, aku dah 6 jam belajar menunggang. Lagi 3 jam aku nak buat masa minggu peperiksaan UTM nanti. Maka genaplah sebulan pada masa tu (lebih pun), jadi boleh le amik ujian JPJ.

Dowload and upload problem.

Now I'am back. Before, I experience pic uploading problem into my blog.

Sunday, February 7, 2010

Log In ID and Password

Hari aku banyak dapat cari balik log in id dan password untuk masuk segala benda yang memerlukan log in id dan password, antaranya ialah:

1. LHDN dengan e-Filling...dah 2 tahun aku miss guna e-Filling ni sebab tak ingat password.
2. Log in nak masuk wifiUTM. Almaklumlah, dah ada laptop baru, boleh guna kat kampus.
3. Log in nak masuk blog aku ni....tu sebab lama tak update...He..he..he. sorry ek.