Saturday, May 5, 2012

Cara-cara Membuat Tempoyak Asli

Hari ini pagi-pagi dah hujan. So tak boleh la nak buat aktiviti riadah pagi ni. Time gini semua plan dah lari. Jadi idea aku hari ini ialah buat tempoyak.

Isi durian ni aku dah beli semalam kat Pasar Kip Mart Masai. Ada yang 3 pek RM20 dan ada 4 pek RM20. Bodek punya bodek, yang 3 pek RM20 aku dapat 5 pek RM20.


Kerja memperisi durian.


Jaga kebersihan.


Balang dah nak penuh, isi durian banyak lagi tu.


Ni kene padatkan.


Dah nak penuh balang.


Tak boleh penuh sangat, kene tinggalkan sikit ruang untuk dia bernafas. Nanti dia mengembang.

Inilah cara membuat tempoyak durian asli. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Selamat mencuba.

Update terkini: Hari ini aku dapat call emergency dari bini aku kata tempoyak meletup. Tempoyak aku meletup kat dalam peti ais. Nasib balang tak pecah, cuma penutup aje terpelanting.

Thursday, May 3, 2012

Kayuh Cuti Hari Pekerja 2012

Semperna cuti Hari Buruh 1 Mei 2012 ni, aku ikut Wacycles kayuh dari Bandar Seri Alam sampai Plentong dan balik semula Bandar Seri Alam. Total kayuhan dalam 25 km. Sebab aku kayuh dari umah aku kat Megah Ria, total kayuhan aku hari itu jadi 38 km.


Berkumpul @ Restoran Al Alif, Seri Alam.


Pekena sarapan dulu sebelum kayuh.


Belek basikal orang lain. 29er tu. 


Belek-belek lagi.


Mata Kucing yang aku baru beli semalam.


Beskal aku yang sempoi.


Sempoi.


Baru masuk.


Kita baru nak masuk, abang ni pulak keluar. Kata dia terjatuh. Ada hal lain la tu. Kene balik.


Baru lepas 1st DH.


DH pakai gear besor? Bukan apa, lepas DH kene daki tebing.



Tempat melepaskan hajat. Nak terkucil pulak.


Tengah repair masalah bunyik negong..ngong...ngong pada brek caliper.


Adjust sikit.


Settle masalah.



Berhenti lagi...Bila la nak sampai destinasi.


Ntah kali keberapa rehat ni.


Rehat lagi.


Perasan tak ada orang kat depan tu? Tengah buat apa ek?


Baik punya pokok sawit.


OK...sambung kayuh.


Isyh...rehat lagi. Penat beb daki bukit.


Bila nak sampai ni?


Sampai dah. Litar Go Kart Plentong.




Kita minum dulu sebelum kayuh balik ke Seri Alam.


Sampai umah, satu lagi hal kene buat......cuci basikal.


Ok..dah bersih.

Keseluruhan kayuhan aku hari ini terbaik....trail pun best. Lepas ni aku nak ulang kayuh lagi.

Sekian.