Saturday, July 28, 2012

Terawih @ Surau Kampung Dato' Kamaruddin, Bidor

Kebetulan aku gi shoping @ KL semperna bulan Ramadhan tahun ini (2012), aku mengambil kesempatan balik ke kampung. Apa taknya, 2 kali mengulang ke SOGO beli baju raya untuk anak-anak.

Hari petama kat KL aku dah miss sembahyang terawih, so hari kedua (@ kampung) aku kena sambung ibadah tu kat sini.

Malam tu aku gi awal....sebelum azan Isya' aku dah sampai kat surau tu. Sampai je aku tengok tak ramai jemaah yang datang. Kalau dulu, ramai jemaah dikalangan kanak-kanak membanjiri surau dan pada masa yang sama, keadaan surau pada masa itu agak meriah dengan suara kanak-kanak.

Lepas wuduk, aku terus buat masuk buat solat sunat. Kat dalam surau, kedengaran suara makcik-makcik tengah rancak bersembang ntah apa. Pakcik-pakcik pulak? Ntah la....beberapa kerat aje.

Lepas azan Isya' baru le nampak pakcik-pakcik masuk buat solat sunat dam standby nak solat Isya' pulak.

Lepas solat Isya', bilal pun berselawat menandakan bermulanya solat Tarawih. Aku kira dalam 5 saf aje yang penuh dalam ruang sembahyang lelaki. Mana la perginya budak-budak muda sekarang ni? Kalau dulu budak-budak sekolah yang memenuhi separuh ruang solat ini. Dah menjadi kebiasaan....awal Ramadhan, solat Terawih penuh...lepas tu beransur kurang jemaahnya.

Kalau dulu setiap kali selawat...sahutan selawat berkumandang dengan besemangat, tapi sekarang.....lemah gemalai. Slow aje. Adoi...sedih.

Lepas lapan rokaat...ada yang dah keluar. Tinggal la 2 saf....tu pun tak penuh saf kedua. Aku pun berhajat nak buat 8 aje....tapi sebab imam ni ekspress semacam je, tu yang aku teruskan sampai habis.

Seperti kebiasaan, selepas solat Tarawih, jamuan moreh (makan-makan) diadakan kat luar surau. Aku intai-intai jugak kut-kut ada anak dara yang cun-cun. Hasrat aku nak tengok awek cun tak kesampaian....yang ada semua makcik-makcik. Mungkin diaorang uzur kut.

Masa minum kopi 'O' manis (bahaya tul pakcik-pakcik sini minum manis-manis tiap-tiap malam) aku pun mula buat kesimpulan sendiri, bila difikirkan semula apa yang berlaku pada malam tadi, aku boleh andaikan bahawa penduduk Kampung Dato' Kamaruddin ini sudah menjangkau umur golongan warga emas. Kalau dulu-dulu anak-anak mereka memenuhi ruang solat dan memeriahkan solat Terawih, tapi sekarang mereka semua telah berhijrah.

Beginilah nasib kampung-kampung yang sudah boleh dianggapkan sudah memasuki fasa tua, seusia dengan umur adik aku, dan jika tiada generasi muda yang menggantikan masyarakat di sini, kemungkinan masa depan Kampung Dato' Kamaruddin malap dalam jangkamasa 15 tahun yang akan datang.

Wednesday, June 20, 2012

WACYCLE: XC Timing Chip Challenge 2012

Event Poster


Event Trail

This is my first competition on MTB race. Before, I just participate in MTB jamboree and normal cycling event. But this time is totally different from my normal cycling activity.

This competition is about race again time. That mean, I need more practice...really hard practice. Physical training is not enough. I need mentally, technically and planning preparation.

Since I knew about this competition about 2 months ago, I start to do my own practice...starting with hill climbing. Then, training for sprint.

Sometimes, I follow Wacycles team cycling from Bandar Seri Alam to Plentong International Go Kart circuit off road.

Since I bought Cat Eye two months ago, it recorded more than 200 km. Before I cycle to survey Pochong Night Ride trail at Ulu Tiram.

Sunday, June 3, 2012

MTB Training For Speed: Kayuh Laju

Hari ini puas buat latihan kayuh gasak sejauh 10 km dengan pelbagai corak muka bumi. Masa yang diambil selama 26 minit. Kira 13 minit untuk setiap 5 km. Lebih 1 minit aje dari masa yang diambil semasa latihan sprint 5 km.

Macam-macam teknik aku reka untuk melajukan kayuhan dan menguatkan stamina dan otot. Antaranya ialah mendengar lagu rancak.

Hari ini jugak aku dah reka satu teknk kayuhan giler-giler untuk mencapai halaju yang lebih tinggi. Teknik ni rahsia lagi....tapi berkesan. Tunggu aje la pendedahan dalam perlumbaan aku akan datang.

Gambar dibawah ini ialah kawasan dimana aku buat latihan kayuhan gasak. Kat area rumah aku je.

Taman Bukit Rinting. Memang seindah rupa.

Aku tak tau nak ukur tinggi bukit tu macam mana. Tapi kalau dibandingkan dengan tinggi signboard dan van tu, tinggi jugak la. Jarak dia lebih kurang 300m untuk sampai puncak.

Yang ni pulak permandangan dari sebelah lain jalan di atas. (Taman Bukit Rinting). 

 Ketinggian sama, cuma jarak dakian agak pendek, lebih kurang 150m sahaja. Jadi pendakian agak curam. Kayuhan kali pertama ok...kayuhan kali kerdua...kene tukar gear rendah le.

Di sinilah aku buat latihan kayuh gasak bukit. Bukan kayuh sempoi....kayuh gasak ni mendaki selaju yang boleh.

Saturday, May 5, 2012

Cara-cara Membuat Tempoyak Asli

Hari ini pagi-pagi dah hujan. So tak boleh la nak buat aktiviti riadah pagi ni. Time gini semua plan dah lari. Jadi idea aku hari ini ialah buat tempoyak.

Isi durian ni aku dah beli semalam kat Pasar Kip Mart Masai. Ada yang 3 pek RM20 dan ada 4 pek RM20. Bodek punya bodek, yang 3 pek RM20 aku dapat 5 pek RM20.


Kerja memperisi durian.


Jaga kebersihan.


Balang dah nak penuh, isi durian banyak lagi tu.


Ni kene padatkan.


Dah nak penuh balang.


Tak boleh penuh sangat, kene tinggalkan sikit ruang untuk dia bernafas. Nanti dia mengembang.

Inilah cara membuat tempoyak durian asli. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Selamat mencuba.

Update terkini: Hari ini aku dapat call emergency dari bini aku kata tempoyak meletup. Tempoyak aku meletup kat dalam peti ais. Nasib balang tak pecah, cuma penutup aje terpelanting.

Thursday, May 3, 2012

Kayuh Cuti Hari Pekerja 2012

Semperna cuti Hari Buruh 1 Mei 2012 ni, aku ikut Wacycles kayuh dari Bandar Seri Alam sampai Plentong dan balik semula Bandar Seri Alam. Total kayuhan dalam 25 km. Sebab aku kayuh dari umah aku kat Megah Ria, total kayuhan aku hari itu jadi 38 km.


Berkumpul @ Restoran Al Alif, Seri Alam.


Pekena sarapan dulu sebelum kayuh.


Belek basikal orang lain. 29er tu. 


Belek-belek lagi.


Mata Kucing yang aku baru beli semalam.


Beskal aku yang sempoi.


Sempoi.


Baru masuk.


Kita baru nak masuk, abang ni pulak keluar. Kata dia terjatuh. Ada hal lain la tu. Kene balik.


Baru lepas 1st DH.


DH pakai gear besor? Bukan apa, lepas DH kene daki tebing.



Tempat melepaskan hajat. Nak terkucil pulak.


Tengah repair masalah bunyik negong..ngong...ngong pada brek caliper.


Adjust sikit.


Settle masalah.



Berhenti lagi...Bila la nak sampai destinasi.


Ntah kali keberapa rehat ni.


Rehat lagi.


Perasan tak ada orang kat depan tu? Tengah buat apa ek?


Baik punya pokok sawit.


OK...sambung kayuh.


Isyh...rehat lagi. Penat beb daki bukit.


Bila nak sampai ni?


Sampai dah. Litar Go Kart Plentong.




Kita minum dulu sebelum kayuh balik ke Seri Alam.


Sampai umah, satu lagi hal kene buat......cuci basikal.


Ok..dah bersih.

Keseluruhan kayuhan aku hari ini terbaik....trail pun best. Lepas ni aku nak ulang kayuh lagi.

Sekian.

Monday, April 30, 2012

Kayuh Cuti Hari Pekerja

Memang elok benor le. Semalam teman beli mata kucing, malam tadi jugak teman pasangkan kat beskal teman. Masa beli tu, teman dapat tau yang tokey kedai beskal nak buat off road kat Seri Alam...45km dengan 23 km.

So hari ini teman nak gi ngayuh le...test sekali mata kucing yang teman pasang tu sekali.

Harap-harap mata kucing teman tu perform dengan cemerlang sekali.

Mata kucing = Cat Eye...ala brand barang beskal....aku beli speedo meter dari Cat Eye...ok la untuk permulaan ni. Ada duit tebal sikit aku nak pasang GARMIN.


Wednesday, April 25, 2012

Lesen B full.


Oleh kerana melepas nak pakai ZZR (sebab tak cukup budget nak bayar muka), aku pun beralih kepada mengupgradekan lesen motor aku dari B2 kepada B full.

Bak kata, kalau nak berangan tu, biarlah berasas sikit. Tak le terbatas dek lesen yang hanya layak untuk menunggang sampai 250cc je. Baru le boleh berangan motor superbike.

So, aku pun pegi le kat driving academy kat Pasir Gudang tanya lebih kurang, lepas tu amik brochures. Balik umah, pikir 2-3 kali, sebab kos keseluruhan ialah RM790. Tu pun kalau tak sangkut apa-apa.

Lepas 2-3 hari pikir, aku pun pegi balik kat driving academy tu, bayar RM345, terus booking kelas teori 2 jam.

Dalam kelas teori ni, tak ada apa benda baru yang aku boleh belajar. Biasalah, rider otai macam aku ni. Pengalaman lebih. Dah jauh berjalan. Budak-budak baru nak kenal motosikal boleh le cerita.

Habis kelas teori, aku book pulak belajor menunggang. Belajor menunggang ni mengambil masa selama 9 jam setengah. 9 jam untuk belajar, setengah jam lagi ada ujian penilaian yang dipanggil QTI.

Kalau nak test JPJ, lesen L kene matang dulu. Tempoh matangnya ialah 1 bulan. So pandai-pandailah adjust nak belajor tu.

Belajor menunggang? Apa ingat kita tak reti nak bawak motor ke? Bukan masalah tu, dalam kelas menunggang ni, aku belajar tips-tips penting untuk lulus ujian JPJ ni. Tips ni aku tak nak bagi tau lah...korang pergi belajor sendiri.

Genap sebulan lesen L aku pegang, maka aku pun layak diuji oleh JPJ. Bayor lagi RM445.00. Tiba masanya, aku pun diuji. Tapi sebelum tu, ada la sedikit proses, kena sign form, pakai nombor kat baju dan uruskan apa-apa yang patutlah.

Selesai je urusan tersebut, pegi le kita ke litar ujian. Mentang-mentang le aku ni calon ujian paling senior, dia bagi aku mula-mula jalankan ujian. Pembuka tirai le katakan. Tunjuk macho la sket.

Aku tau, motor Virago ni memang bermasalah, sejak aku first time kerjekan dia. Hari ni, awal-awal lagi dah meragam. Taknak hidup. 2 -3 kali aku start, tak nak hidup. Pass pada instructor...mula-mula tak nak hidup, pas tu...hidup jugak. Sejuk lagi kut. Bila dah di test, ok, instructor pas pada aku.

Maka bermulalah ujian Bahagian 2 motosikal aku.

Ujian Bahagian 2 ni macam ujian kemahiran mengendali. Cabaran pertama ialah titi, kedua, slalom 7 kon, ketiga brek kecemasan, keempat angka lapan, dan kelima selekoh.

Semua ini aku hadapi dengan tenang.

Selepas itu, terus masuk ujian Bahagian 1, iaitu litar jalanraya. Kat sini calon akan dinilai dari segi pengendalian dan insyarat tangan.

Ujian ini jugak aku lalui dengan tenang, walaupun sekali enjin motor aku mati masa berhenti kat simpang.

Habis ujian, ambil kertas ujian kat pegawai pemeriksa, terus hantar kat pejabat driving school. Seminggu lepas tu, lesen pun siap.

Oleh sebab aku dah lama pegang lesen, so lesen P takde makna lagi.

Begitulah serba sedikit panduan untuk korang semua nak up-grade lesen B2 kepada B full.

Selamat berjaya.