Wednesday, April 25, 2012

Lesen B full.


Oleh kerana melepas nak pakai ZZR (sebab tak cukup budget nak bayar muka), aku pun beralih kepada mengupgradekan lesen motor aku dari B2 kepada B full.

Bak kata, kalau nak berangan tu, biarlah berasas sikit. Tak le terbatas dek lesen yang hanya layak untuk menunggang sampai 250cc je. Baru le boleh berangan motor superbike.

So, aku pun pegi le kat driving academy kat Pasir Gudang tanya lebih kurang, lepas tu amik brochures. Balik umah, pikir 2-3 kali, sebab kos keseluruhan ialah RM790. Tu pun kalau tak sangkut apa-apa.

Lepas 2-3 hari pikir, aku pun pegi balik kat driving academy tu, bayar RM345, terus booking kelas teori 2 jam.

Dalam kelas teori ni, tak ada apa benda baru yang aku boleh belajar. Biasalah, rider otai macam aku ni. Pengalaman lebih. Dah jauh berjalan. Budak-budak baru nak kenal motosikal boleh le cerita.

Habis kelas teori, aku book pulak belajor menunggang. Belajor menunggang ni mengambil masa selama 9 jam setengah. 9 jam untuk belajar, setengah jam lagi ada ujian penilaian yang dipanggil QTI.

Kalau nak test JPJ, lesen L kene matang dulu. Tempoh matangnya ialah 1 bulan. So pandai-pandailah adjust nak belajor tu.

Belajor menunggang? Apa ingat kita tak reti nak bawak motor ke? Bukan masalah tu, dalam kelas menunggang ni, aku belajar tips-tips penting untuk lulus ujian JPJ ni. Tips ni aku tak nak bagi tau lah...korang pergi belajor sendiri.

Genap sebulan lesen L aku pegang, maka aku pun layak diuji oleh JPJ. Bayor lagi RM445.00. Tiba masanya, aku pun diuji. Tapi sebelum tu, ada la sedikit proses, kena sign form, pakai nombor kat baju dan uruskan apa-apa yang patutlah.

Selesai je urusan tersebut, pegi le kita ke litar ujian. Mentang-mentang le aku ni calon ujian paling senior, dia bagi aku mula-mula jalankan ujian. Pembuka tirai le katakan. Tunjuk macho la sket.

Aku tau, motor Virago ni memang bermasalah, sejak aku first time kerjekan dia. Hari ni, awal-awal lagi dah meragam. Taknak hidup. 2 -3 kali aku start, tak nak hidup. Pass pada instructor...mula-mula tak nak hidup, pas tu...hidup jugak. Sejuk lagi kut. Bila dah di test, ok, instructor pas pada aku.

Maka bermulalah ujian Bahagian 2 motosikal aku.

Ujian Bahagian 2 ni macam ujian kemahiran mengendali. Cabaran pertama ialah titi, kedua, slalom 7 kon, ketiga brek kecemasan, keempat angka lapan, dan kelima selekoh.

Semua ini aku hadapi dengan tenang.

Selepas itu, terus masuk ujian Bahagian 1, iaitu litar jalanraya. Kat sini calon akan dinilai dari segi pengendalian dan insyarat tangan.

Ujian ini jugak aku lalui dengan tenang, walaupun sekali enjin motor aku mati masa berhenti kat simpang.

Habis ujian, ambil kertas ujian kat pegawai pemeriksa, terus hantar kat pejabat driving school. Seminggu lepas tu, lesen pun siap.

Oleh sebab aku dah lama pegang lesen, so lesen P takde makna lagi.

Begitulah serba sedikit panduan untuk korang semua nak up-grade lesen B2 kepada B full.

Selamat berjaya.

6 comments:

  1. Thanks.. saya pown berfikir untuk ambil lesen B full. Maybe 2 bulan lagi, hehe

    ReplyDelete
  2. Pakai motor apa sekarang Dzarif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assaalamualaikum tuan Azlan,

      Dulu pakai ER6F, motor budak baru belajar. He..he..he.

      Dah jual dah, amik RXZ je, sebb nak ambik motor retro mahal. Maintenance pun megalahkan superbike.

      Tunggu la bila saya dah habis belajar nanti, baru boleh consider nak main motor besor balik.

      Delete
  3. So lepas dapat P tu tak payah tampal stiker la iya sebab dah pernah ade lesen B2 yg complete

    ReplyDelete