Saturday, May 5, 2012

Cara-cara Membuat Tempoyak Asli

Hari ini pagi-pagi dah hujan. So tak boleh la nak buat aktiviti riadah pagi ni. Time gini semua plan dah lari. Jadi idea aku hari ini ialah buat tempoyak.

Isi durian ni aku dah beli semalam kat Pasar Kip Mart Masai. Ada yang 3 pek RM20 dan ada 4 pek RM20. Bodek punya bodek, yang 3 pek RM20 aku dapat 5 pek RM20.


Kerja memperisi durian.


Jaga kebersihan.


Balang dah nak penuh, isi durian banyak lagi tu.


Ni kene padatkan.


Dah nak penuh balang.


Tak boleh penuh sangat, kene tinggalkan sikit ruang untuk dia bernafas. Nanti dia mengembang.

Inilah cara membuat tempoyak durian asli. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Selamat mencuba.

Update terkini: Hari ini aku dapat call emergency dari bini aku kata tempoyak meletup. Tempoyak aku meletup kat dalam peti ais. Nasib balang tak pecah, cuma penutup aje terpelanting.

No comments:

Post a Comment