Sunday, September 27, 2009

PILATUS PC-7

Photo from http://www.airlners.net/




Hari ni, bosan-bosan tak tau nak surfing ke mana lagi. So aku pun cuba belek-belek info pasal pesawat latihan tentera udara Malaysia, Pilatus PC-7.



Ye la, sepanjang seumur hidup aku ni, dah tah berapa ramai pelatih kita dah terkorban masa buat latihan penerbangan menggunakan pesawat ini.



Setiap kali terhempas, maka siasatan juga dijalankan sejurus kemalangan. Lepas tu guna jugak pesawat tu. Apa hasil siasatan pun tak tahulah. Kemudian berlaku lagi kemalangan. Buat lagi siasatan. Lepas tu guna lagi. Tah dah berapa kali buat siasatan dan kemalangan dah berlaku, dan tah berapa ramai tentera kita dan "kojol" sebab dek pesawat tua ini.



Mana taknya, pesawat latihan tu model tahun 1966, dan dah terkenal dengan aksi terhempasnya. Maka pengeluar negara asalnya Swis dah tak pakai lepas kejadian tu.



Malaysia telah menerima pesawat "reject" tersebut sejak 1983 sebanyak 46 buah. Sekarang tak tau le tinggal berapa buah je lagi sebab ada yang dah jatuh laut, terbenam dalam sawah, langgar asrama UUM dan yang terkini terhempas atas landasan.



Kalau keter dah kene scrap dah tu. Enjin osah cakap la, tah berapa kali kene oberhol tu. Dah berapa ribu jam penerbangan dah Pilatus PC-7 Malaysia ni dah terbang. Ribet dah banyak longgar-longgar. Spare part tah ada lagi ke idak.



Bagi aku, dah tiba masanya Malaysia menukar pesawat latihan tentera udara kita supaya tenaga mahir kita tidak hilang begitu sahaja oleh kerana kedekut nak beli pesawat baru.



Sumber mudah: http://en.wikipedia.org/wiki/pilatus_pc-7

No comments:

Post a Comment