Sunday, September 27, 2009

Operasi Sikap Raya 2009

Selagi sikap pemandu Malaysia ni tak berubah, selagi tu la kadar kemalangan jalanraya kian meningkat.

Semakin canggih kenderaan, semakin laju kereta, semakin lebar dan cantik jalanraya, maka semakin bertambah kemalangan.

Aku rasa la, sekarang ni, dah semakin ramai pemandu Malaysia ni sekadar ada lesen memandu je, bab undang-undang, sikap pemandu berkhemah tah kemana perginye selepas pelekat P kat cermin kereta sudah boleh ditanggalkan.

Nasib la masih ada segelintir pemandu berkhemah dan bertimbangrasa, penyabar , celik undang-undang, defensive dan berkemahiran memandu macam aku ni masih ada di jalanraya.

Aku nak cerita sikit pasal satu sikap pemandu Malaysia yang paling buruk, iaitu mementingkan diri sendiri. Masa raya ke-3, aku gi beraya ke Kota Tinggi, jalan dari Pasir Gudang. Jalan masa tu agak perlahan sikit, kengkadang tak bergerak. Sampai kat simpang Kota Tinggi yang tak ada lampu isyarat, aku tengok dah banyak keter yang nak masuk ke Kota Tinggi dah beratur panjang. Tah dah berapa lama diorang tunggu untuk masuk ke simpang Kota Tinggi tu, dek sebab sikap pentingkan diri sendiri pemandu kita ni la. Tak nak langsung bagi jalan.

So dengan rasa berkhemahnya, aku pun bagi le jalan dulu kat kenderaan untuk masuk ke simpang Kota Tinggi ni. Ala...small matter je. Aku bukannya kalut sangat pun, nak gi beraya, bukanya nak beranak. Tak sampai seminit, clear simpang tu.

Satu lagi pasal hadlaju. Memang pemandu Malaysia dan Singapura memang tak pernah nak follow. Kalau dah 110 km/j tak penah nak ikut, apatah lagi kalau 60, 70, 80 dan 90 km/j. Memang le keter diaorang tu sedap memecut laju, tapi diorang harus ingat, lagi laju, lagi besar momentum, kalau terbabas, buruk padahnya. Lagi haru kalau melibatkan orang yang tak bersalah.

Aku dah biasa kena high beam dari keter-keter Singapore yang laju-laju kat highway PLUS ni. Aku buat tak layan je. Yang aku herannya, diaorang ni tak takut langsung undang-undang Malaysia. Atau penguatkuasaan Malaysia yang lemah. Kalau kat Singapore, siap la kalau korang langgar undang-undang diaorang. Silap-silap tak boleh keluar dari Singapore selagi tak bayar denda. Dengar cerita macam-macam denda ada kat sana.

Sikap pemandu kita akan berubah apabila mereka dah mati aje. Terutama sekali penunggang motosikal yang suka mencelah-celah antara kenderaan dengan laju. Kalau terjadi apa-apa, mereka ini sepatutnya tak boleh marah kepada pemandu lain, sebab mereka kene tahu risiko dan akibatnya jika mencelah-celah dan menunggang motosikal dengan laju.

Satu lagi sikap yang aku benci pada pemandu Malaysia ialah, sikap leka, khayal, hilang tumpuan dan seangkatan dengannye. Buktinya ialah, berlakunye kemalangan "BODOH" yang tak sepatutnya berlaku pada zaman sekarang. Kemalangan bodoh aku maksudkan ini ialah, langgar bontot.

Baru baru ini aku nyaris tak kena sondol dek pemandu bodoh ni. Manataknya, aku dah berhenti, kebiasaan aku bila dah berhenti pasal jalan jem ke atau keter depan berhenti mengejut (emergency brake), aku akan tengok cermin pandang belakang. Aku perati keter Waja ni dari jauh, tak de tanda-tanda nak slow, aku duk tekan je brek supaya dia nampak lampu brek aku...saje nak bagi tau aku dah berhenti, cuma tak bagi hazard light je. Dah dekat baru aku tengok keter dia ni menjunam semacam je, lepas tu mengempor kiri dan kanan tak tentu arah. Aku pun gerak ke depan sikit takut dia tak sempat nak berhenti...al maklum..waja pun dah ada abs sekarang...drebar dia je yang tak tau nak guna. Nasib la keter dia sempat berhenti, tu pun aku dah gerak sikit ke depan. Kalau duduk kat situ je, memang kene sikit. Bodo betul...tu mesti tak fokus masa memandu.

Satu lagi pemandu kita ni suka buat jalan sesak. Pertama sebab sikap penting diri sendiri....tak bagi orang laluan atau masuk lorong secara selang seli...satu lagi suka tengok kemalangan jalan raya lain.

Pada pendapat aku, sampai 2020 pun sikap pemandu kita akan menjadi bertambah buruk dan statistik kemalangan semakin meningkat sekiranya kempen pemandu berkhemah tidak dilakukan sekarang, dan sasaran kempen hendaklah ditujukan kepada kanak-kanak sekarang dan hendaklah berterusan. Tak guna berkempen pada orang tua sebab pepatah Melayu ada mengatakan "melentur buluh, biar dari rebung".

No comments:

Post a Comment