Monday, September 28, 2009

1 Malaysia F1 Team

Photo by Reuters

Aku bukannya tak bangga kalau Malaysia ada team F1 dia sendiri. Kalau ada peluang, aku nak join, sebab aku minat sangat dengan jentera F1 ni. Tapi, agak tergesa-gesa untuk pasukan ini menyertai F1 2010.

Bukan sahaja tergesa-gesa, malah boleh mencetuskan huru hara dan akhirnya "kampung tergadai".

Dengar cerita bukan sikit punya pelaburan untuk set up pasukan ni. Cecah ratusan juta jugak. Kalau dipikirkan balik, adakah baiknya duit itu digunakan untuk benda-benda yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan berterusan.

Belanja untuk menyertai F1 ni kalau setakat 1 juta untuk satu perlumbaan bukannya cukup. Mana nak cari duit? Sapa nak melabur kat team yang tak tau perform ke tak? Boleh menang ke? Atau sekadar jadi back marker aje. Tu pun dah mujur dah, ada jugak point untuk dikumpul, tapi kalau asyik tersingkir je....buat mengabihkan boreh iyo.

Bagi aku, agak tak masuk akal je kalau tiba-tiba team ini wujud. Ye la....dah macam bukak kedai burger je. Sebut je...jadi. Tapi kedai burger kalau maju tak pe..kalau bungkus pun rugi tak banyak. Mungkin dah pulang modal. Tapi kalau masuk F1? Aku takut dah le bungkus, modal pun tak dapat pulangan...tapi ada yang dah jadi kaya raya...he..he..he. Jahat tangan aku ni.

Aku suka compare kedai burger sebab ia satu contoh yang mudah. Sebab tujuan kita sertai F1 bukannya sekadar nak menjulang nama Malaysia di serata dunia, ia juga satu cabang perniagaan dan sumber peluang pekerjaan.

Kenapa buka kedai burger?...Sebab ada sambutan dan atas permintaan ramai...Tapi kenapa kita nak sertai F1???? Adakah sebab permintaan ramai? Aku tak mintak pun. Ada sambutan tak? Kalau team 1 Malaysia tak ada pun sambutan tetap ada. So? Apa tujuannya?

Baiklah, so bila kita nak buka kedai burger apa yang perlu ada ialah kemahiran untuk masak burger dan bahan mentah yang murah dan mudah di perolehi. Aku rasa, semua orang yang biasa ke dapur dan boleh masak sikit-sikit boleh dah buat berger. Mula-mula slow la...bila dah lama-lama makin mahir dan laju sikit proses membuat burger. Bahan mentah pun banyak boleh diperolehi dan murah. Keuntungan menjual burger pun berlipat ganda. Ye la sebab modal sikit je.

Tapi bagaimana pula dengan industri F1 yang bakal kita ceburi nanti? Siapakah tenaga mahir kita...orang melayu ke orang putih? Kalau nak beli spare part F1 ada jual ke kat kedai spare part keter. Atau pun kat kedai potong. Ishhh...tak boleh nak aku bayangkan. Semuanya beres kalau ada wang. Tapi bukan sikit punya wang tau.

Apa-apahal pun semua bergantung kepada keinginan yang kuat. Kalau tak ada duit pun tak pe. Sebab kalau orang bekerja pasal duit ni lain ceritanya. Kita boleh tengok pada team Ferrari. Jenama Ferrari sahaja dah berapa lama wujud kat dunia ni. Kalau nak compare dengan jenama Proton...aku rasa tak adil la. Agak-agak proton paling sesuai di comparekan dengan jenama apa ek?

Tapi kenapa Ford tak serta F1??? Walaupun dah lama di muka bumi ini. Bagaimana pula dengan Toyota?? Jenama yang tenggelam timbul di arena sukan Rally Dunia. Porsh pulak??? emmm...

Senang cerita, jenama-jenama kereta lain ni tak sertai F1 sebab tak ada kepentingan sangat...sebab diaorang dah astablish kat dalam sukan motor lain seperti Drag Racing, Stock Car Racing, Daytona Racing dan tah macam-macam racing lagi. Tak payah nak terhegeh-hengeh nak masuk F1. Seperti yang aku cakap, macam business burger, buat untung di tempat sendiri dengan ada bahan mentah yang mudah dan murah.

Kat Malaysia ni sebenarnya dah banyak jenis sukan dah menaikkan nama Malaysia di serata dunia seperti squash oleh Dato' Nicol, Asian Road Racing (keter dan motor) dan yang terbaru sukan Drif. Cayalah. Sukan-sukan ni le sepatutnya kita upgradekan dan bantu, sebab apa...sama seperti teori business burger aku tadi....kita dah ada tukang masak yang berkemahiran, kena bagi dapur dan kedai yang canggih lagi untuk majukan lagi business burger.

No comments:

Post a Comment