Wednesday, April 25, 2012

Kip Mart MTB Jamboree 2012: Part 3

Laluan kali ini banyak mendaki dari "down hill". Memang mencabar minda tul bila tengok jalan yang lurus nampak dia punya alun. Pergh.



Lepas on-road sejauh 5km, masuk off road balik. Kali ini jalan ladang sawit balik. Tak bayak benda menarik yang boleh aku cerita kat sini sebab laluannya masuk kawasan kampung sikit.

Ada satu kawasan kampung tu, keadaan trail tengah down hill, ada pulak sebijik motor duduk kat tengah jalan. Membazir je tanaga kinetik aku masa down hill sebab kene tarik brek. Bukan apa, tenaga kineti tu aku perlukan untuk naik bukit balik selepas down hill tu. Maka aku mendaki dengan tenaga yang dah sampai nak kering. At last, aku tak larat kat tengah tengah. Berhenti jap minum teh hijau.

Masa lepak tu aku perati beskal orang lain. Beskal idaman aku pun ada. SPECIALIZED. Tak pe...ko jalan dulu...nanti aku kejor.

Bila tenaga dah pulih, aku pun bedesup terus ke CP3. Lepas CP3, laluan ikut line PUB sikit mendaki. Lepas tu masuk ladang sawit, ada down hill. Aku tersalah tengok tanda arah. Nampak je anak panah aku terus masuk. Rupanya simpang tu kat depan lagi. Aku dah masuk awal. Trail sebenarnya ada kat sebelah, tapi aku kene turun tebing tinggi. Terpaksalah aku turun beskal lompat tebing untuk masuk trail sebenar.

Trail kat sini agak keliru sikit, ramai jugak yang tersalah arah dan ada jugak tak perasan penanda arah. Down hill pun banyak. So masa ni la aku boleh jimat masa.

Bila dah sampai satu kawasan perumahan yang dalam pembinaan, aku dah agak, CP4 tak jauh lagi. Lepas je trowong landasan keretapi, sampai la kat CP4. Dari sini ada 5km untuk tamat.

Trail sini sama aje dengan trail sebelumnya. Ada kala kene guna laluan lembu. Nasib lembu tak melepas hari tu. Ada jugak peserta yang terputus rantai. Alamak...kesian. Kene tolak beskal. Yang bocor tayar pun ada jugak. Almaklum, laluan ni pun jadi tempat pembunagan sampah. Mungkin ada objek tajam yang boleh membocorkan tayar. Aku pun mula berhati-hati takut tayar bocor.

Sampai aje kat laluan paip gas, lega rasanya...sebab dah tak jauh. Laluan seterusnya melintasi padang yang berlumpur. Aksi yang tak dapat aku lupakan ialah apabila sorang penunggang tak berjaya melepasi satu parit. Ingatkan tak dalam, apa lagi endo kat situ. Aku tak nak ambik risiko...so turun dan tolak.

Lepas padang lumpur, masuk jalan biasa sampai Kip Mart. Oleh sebab lumpur dah tebal, kayuh pun rasa berat.

Lebih kurang pukul 12:30 tgh aku sampai di garisan penamat. Dapatlah medal pertamaku dalam dunia MTB. Terus cari air free. 100 plus dengan red bull.

Makan tengah hari untuk event ini disediakan oleh Marry Brown..nasik lemak sejuk. Lepas makan gi basuh beskal. Lepas tu tunggu untuk acara seterusnya....cabutan nombor bertuah.

Hadiah pun semua menarik, frame basikal, tayar, jersi, botol air, fork sehingga paling cikai, hamper mamee. Tapi hadiah utama pada hari itu ialah sebuah basikal klasik yang bernilai RM3000.00.

Walaupun nombor aku tak bertuah buat kali ini, tapi aku puas hati dengan trail yang disediakan pihak penganjur. Tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah. Budak kecik bawak basikal 16 inci pun boleh habiskan kayuhan.

Kata penutup dari aku, Kip Jamboree 2012 memang best.



No comments:

Post a Comment