Tuesday, March 30, 2010

Cara-cara untuk upgrade lesen B2 kepada B

2 minggu lepas aku agak sibuk dengan sekolah memandu. Apa lagi, kalau tak untuk meng upgrade kan lesen B2 aku ke B full.

Gini ceritanya.

First sekali aku tanya kat driving academy kat Pasir Gudang ni, camno nak upgrade lesen. So dia bagi serba ringkas macam mana.

1. Kalau nak upgrade, kena ada lesen L yang terdahulu (walau pun dah mampus 12 tahun lampau). Tujuannya, supaya dapat pengecualian ujian undang-undang.
2. Masuk kelas teori 2 jam.
3. Masuk kelas amali. Bawak motor kat litar ujian.
4. Tunggu 2 minggu, dapat lesen belajar memandu L.

Lepas dapat L, kena belajar menunggang selama 9 jam setengah, termasuk 30 minit untuk ujian penilaian sebelum menduduki ujian JPJ. Sebelum tu, kena pegang L selama sebulan.

So sekarang ni, aku dah 6 jam belajar menunggang. Lagi 3 jam aku nak buat masa minggu peperiksaan UTM nanti. Maka genaplah sebulan pada masa tu (lebih pun), jadi boleh le amik ujian JPJ.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment