Monday, April 23, 2012
Tahniah Bro...
Hari ini aku ingin mengucapkan tahniah kepada kawan aku, Iskandar Dzulkarnain kerana berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 20 lebih kilometer semalam.
Buktikan bahawa berbadan besar bukan faktor penghalang untuk kayuh enduro.
Dengan mengayuh juga kita boleh dapat banyak manfaat:
1. Badan sihat
2. Stamina
3. Berat badan yang ideal
Aku tengok badan ko dah kecik la bro...cuma kat perut je kena buat sit-up sikit.
Teruskan usaha.
P/s: Bila kita boleh joint event sama-sama?
Sunday, April 22, 2012
Latihan Kayuh
Hari ni latihan yang sama, kayuh jalan 1 untuk latihan bukit dan down hill. Apa yang menarik dalam latihan ini, aku ada bawak bersama CASIO FT200 yang baru je dihidupkan semula selepas kehabisan bateri ntah berapa lama.
So catatan masa pada latihan kali ini ialah 37 minit 12 saat.
So catatan masa pada latihan kali ini ialah 37 minit 12 saat.
Wednesday, April 11, 2012
Cuti Pertabalan Agong
Cuti hari ini aku penuhkan dengan aktiviti kekeluargaan. Dengan kata lain Quality Time With Family.
So, pagi-pagi gi mengayuh basikal dengan Aqif. Ni first ride dia kayuh beskal jarak jauh. Sebelum ini pun pernah ikut aku gi round-round dekat kawasan taman perumahan aje. So kali ini, aku nak test dia untuk kayuh jarak jauh.
Anak aku ni baru 9 tahun. So kali ini aku nak ajar dia cara ride kat jalanraya mengikut undang-undang yang betul.
Baru je mula kayuh, "Abah, berenti kejap. Nak minum". Lerrr belum sampai 2 km dah berenti minum. Nasib la..layan je la, aku pun minum sama. Lagi pun tengah daki bukit ni.
Sampai je kat satu simpang, aku isyarat kat dia untuk melintas. So dia lulus, sebab dengor kata. Masa mula-mula ride pusing taman, punya la lior...suka buat hal sendiri aje.
Bila sampai kat satu susur, aku suruh bagi signal...sebab susur besar, aku masak benor dengan pemandu kat JB ni...kengkadang main himpit aje....lepas tu bunyikan hon tanda marah. Signal yang aku maksudkan ialah signal nak go straight. Takut nanti ada yang pemandu bebal gi himpit pada saat akhir. Almaklumla...beskal tak ada side mirror dengan lampu isyarat. Lampu merah dengan lampu suluh ada la, tu pun aku dah tanggalkan sebab ride siang.
Bila jumpa lampu isyarat, kene berhenti la. Aku tak inform la apa patut buat masa kita dah stop. Pandai-pandai dia la nak select gear mana yang sesuai untuk bergerak nanti.
2 simpang lampu isyarat dah lepas, naik je bukit keluar lagi permintaan, "Abah, berhenti kejap, nak minum". Berhenti lagi, minum. Aku bawak botol kecik aje, 250ml. Aqif, mak dia bekalkan dengan botol 500ml baru beli la tu.. kat TsR. Sebelum tu aku dah kasi dia Power Bar perisa cokelat. Sedap jugak.
Lepas tu laluan down hill, tapi aku pesan slow-slow aje. Bukan nak gi berlumba. Aku nampak kesan tayar beskal lain yang mungkin ada lalu sebelum ini. So aku bagi tau dia, nanti kita jumpa rider ni, kita boleh kayuh ramai-ramai. Dia pun suka la.
Sampai satu lagi lampu isyarat, kita belok kanan. Macam biasa, aku bagi isyarat awal, tengok belakang..tukar arah. Berhenti dulu, isyarat tengah merah. Masa nak jalan, hampeh betul pemandu Proton Saga buruk warna putih. Pemandunya sorang lelaki, bangsa tak dikenali...mungkin Melayu, Iban atau Indonesia....tapi yang pasti bukan Cina atau India. Aku kayuh kat depan dia, boleh dia himpit aku sampai ke pembahagi jalan. Tak hormat pengguna jalanraya yang lain betul.
Sampai satu lagi simpang lampu isyarat, berhenti lagi. Lepas simpang tu ada satu kereta nak keluar susur. Aku respek kat debar dia sebab perihatin dengan pengguna jalanraya yang lain. Beri keutamaan kepada penunggang basikal.
Laluan masa ni mendaki bukit. Macam biasa Aqif suruh berhenti minum. Ni dah kali ke 3 berhenti minum. Bukit tak tinggi mana pun, aku select gear 8 untuk belakang, crank paling besar di depan. Boleh kayuh secara santai lagi.
Lepas mendaki, kita belok ke kiri. Laluan sini down hill sikit. Kat depan tu nampak sekumpulan pengayuh. Apa lagi, bersemangat Aqif nak kejor dan memotong kumpulan tu. Aku cakap, slow-slow la...kang penat pulak. Jauh lagi nak kayuh ni.
Tak lama lepas tu, kita pun memintas mereka. Diaorang pakai beskal biasa aje. Mungkin penduduk dekat-dekat situ aje. Kat seberang sana, pengayuh 3 beranak completed dengan safety gear tengah melintasi IPD Seri Alam.
Bila mengayuh, baru le tau yang taman tasik ni berdepan dengan IPD Seri Alam. Ok le tu, boleh rehat kejap kat taman tasik ni.
Laluan masuk ke taman tasik ada lorong pejalan kaki, so aku pun guna lorong tersebut untuk kayuh santai. Aku nampak Aqif macam nak terbabas aje, so aku pesan slow-slow sebab laluan tu licin. Pesan punya pesan tah macam mana, berdebuk....tahu-tahu dah terlentang...beskal aku terperosok dalam pokok bunga. Hampeh, licin tul laluan tu. Nasib tak ada apa-apa, cuma rasa pedih kat lutut kiri, kedua tapak tangan dan sakit kat bahu kiri. Basikal aku cuma calar kat quick relies, brake lever kiri dengan brake caliper. Ala calar sikit aje, boleh diabaikan. Pengajaran paling penting buat Aqif ialah, perlahan pun boleh kemalangan.
Rehat pun tak lama kat taman tasik tu, lepas belek-belek keadaan basikal dan badan aku, kita pun meneruskan kayuhan. Kita keluar semula ke Jalan Persiaran Seri Alam menuju ke Kota Puteri.
Dari Kota Puteri terus ke Megah Ria dan balik ke rumah. Sampai rumah, cuci-cuci basikal dan segala kelengkapan yang kotor. Lepas ni nak bersiap pergi TESCO pulak nak beli barang dapur.
So, keputusan hari ini, Aqif lulus untuk ride jauh lalu laluan jalanraya. Lepas ni aku nak try off-road pulak.
Hari ini jugak aku dah pesan kat Aqif supaya belajar rajin-rajin supaya dapat keputusan dalam kelas sekurang-kurangnya antara 15 ke bawah. Tahun depan boleh upgrade basikal yang lebih canggih.
Saturday, March 31, 2012
Kip Mart MTB Jamboree 2012: Part 2
Aku dah agak dah, kalau duduk belakang ni confirm kene tinggal jauh. Jauh pun tak la sampai satu kilometer, tapi nak kejar tu susah sikit sebab berasak-asak. Masing-masing kene jaga keselamatan supaya tak eksiden dan jatuh. Kalau tak buang masa atau tak boleh nak sambung kayuhan sebab cedera atau beskal rosak.
Walaupun ada adengan bergesel tayar dengan peserta depan yang slow, aku tetap maintain supaya tak terjatuh atau menjahanamkan beskal aku. Aku nak habiskan 45 km kayuhan ni.
Peserta diminta supaya tak memotong kereta pengirig sehingga masuk ke off-road. Time ni jarak antara peserta depan agak jauh jugak. Kedudukan aku masa tu tak berapa menarik sebab tersepit dicelah-celah. Hanpeh...nak sprint pun tak boleh. Lari plan aku.
Masuk je off-road section, ada pulak keter nak keluar....dah jadi sempit trail. Bersesak-sesak pulak kat situ. Lepas je kesesakan tu....laluan terus ke celah pokok sawit. Masa tu aku over-take beberapa peserta.
Tak jauh dari situ, trail mula curam sedikit...oleh kerana trail licin sebab hujan turun dengan lebat semalamnya....beberapa peserta telah terjatuh. Kelihatan sorang peserta terbaring dengan dahi berdarah. Tak teruk luka dia....tapi tak tau la kut ada patah tang lain. Sesak pulak lagi kat situ.
Lepas je kekecohan tadi, trail masuk pulak satu cerun berlumpur....kene pikul pulak. Lepas pikul jumpa pulak anak sungai. Tak lalu jambatan...aku redah sungai sebab nak basuh kasut dan beskal kejap. He..he..he. Sejuk betul air sungai tu....bersih lak. Mandi sedap ni.
10 km pertama, jumpa check point 1 (CP1). Peserta diberi pisang dan air. Aku rehat kejap ambik napas. Lepas ni lalu jalan ok sikit. Masa ni la aku nak sprint.
Sampai je kat laluan yang aku maksudkan, sangkaan aku terus meleset. Hancur plan kedua aku nak sprint kat jalan ini. Rupanya laluanya berbukit. Hampeh. Masa tengok guna Google Map cantik je dari atas...rupanya kene mendaki. Anggaran aku, laluan tu sejauh 5 km.
BERSAMBUNG LAGI.......
Membelek basikal
Bosan tul...dah lama basikal ni aku tak kayuh.
Hari ni setting balik front and rear derailleur kat beskal. Nampak macam perfect aje. Shifting semua lancar.
Tapi apakan daya, dah get ready...pagi tadi hujan pulak.
Friday, March 30, 2012
Kip Mart MTB Jamboree 2012
Salam 1 Malaysia buat peminat mtb seluruh Malaysia khasnya dan amnya kepada rider Singapura.
Pada 25 Mac 2012, berlangsungnya satu jamboree mtb 2012 dianjurkan oleh Kip Mart dan Kelab Basikal (MTB) Hospital Sultanah Aminah Johor.
Kayuhan ini disertai seramai lebih dari 450 orang peserta dari Johor dan Singapura. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM40 aje...dapat tee-shirt dan makan.
Ini adalah penyertaan sulong saya secara rasmi, tapi sebelum ini saya pernah kayuh sejauh 48km di Sg. Tiram untuk melihat trail Pocong Nite Ride....dan kayuhan solo (kamekaze) sejauh 23 km kat Kerteh dengan basikal kecik jenama OSCAR.
Tak banyak persediaan yang saya ada, cuma sedikit latihan pusing-pusing Taman Rinting - Bukit Rinting dan Megah Ria sebagai latihan fizikal. Persediaan lain.....emmmm....tak banyak. Tapi benda-benda penting untuk kayuhan jauh telah awal disediakan seperti tiub tayar dan pam.
Penyertaan Kip Jamboree 2012 ni pun antara jadi dengan tak aje, sebab pada tarikh yang sama, saya ada aktiviti kelab motosikal ke Batu Pahat untuk memeriahkan BP Bike Week. Pikir punya pikir akhirnya saya buat penyertaan last minute kat khemah urusetia di Kip Mart Masai pada 24 Mac 2012 dengan bayaran RM20 (takde baju).
Pada malam hari, sibuk aku muatkan segala peralatan yang diperlukan kedalam bag Chiangmai. Air 100+ 1liter memang favourite aku kalau dah penat. Badan memang kene minum banyak air kalau kayuh tengah panas.
Oleh kerana keter aku takde lagi bike carrier, aku terpaksa bukak beskal aku untuk aku sumbatkan dalam keter. So besok pagi takde le kelam kabut. Malam ni semua dah ready.
25 Mac 2012, pagi-pagi lagi dah bangun. Mula-mula plan nak gi sendiri, last-last minute, bini aku pulak nak ikut. Takpa la, boleh bagi semangat masa nak mula nanti. Maka 4 beranak pun berimpit la kat dalam keter menuju ke Kip Mart Masai. Bila aku kayuh nanti diorang balik la dulu.
Sampai Kip Mart, dah ramai peserta duk standby pasang segala benda sebagai persediaan untuk berlumba. Cek beskal masing-masing. Aku tak banyak yang boleh buat, cuma pasang roda depan aje. Lain-lain dah ready. Semua part yang bergerak aku dah minyakkan.
Kat khemas penganjur tak ada lagi hadiah diaorang letak. Emmmm....tak tau la apa hadiah cabutan bertuah nanti. Kul 8:15 pagi, masih ada lagi peserta sampai, sedangkan kayuhan akan bermula pada 8:30 pagi.
Setelah setengah jam menunggu di gerbang MULA/TAMAT, akhirnya penganjur memaklumkan perluba akan dilepaskan beberapa minit lagi. Setelah doa dibaca, lagu Negaraku dinyanyikan, peserta pun bersedia untuk dilepaskan.
Jam 8:30 pg, semua peserta dilepaskan.
BERSAMBUNG....................
My New Hobby
Subscribe to:
Posts (Atom)