
Mula-mula aku tak terkejut lagi sebab jumlah down payment tu kira stendet je dengan kedai lain. Bila tengok pada instalment tiap-tiap bulan yang agak tingi tu, aku mula syak interest dia agak tinggi jugak.
So aku pun mula buat formula kira-kira nak tau berapa interest yang dikenakan.
Jika;
Harga motor = RM 35,000.00
Down Payment = RM3,800.00
Maka, loan = RM31,200.00
Diketahui, instalment setiap bulan untuk down payment RM3800.00 ialah sebanyak RM981.00 selama 60 bulan (5 tahun).
Maka, persamaan boleh diterbitkan seperti ini;
RM31,200.00 X (interest % setahun) = (RM interest setahun)
(RM interest setahun X 5 tahun) + RM31,200.00 = RM981.00 X 60 bulan
(RM interest setahun X 5 tahun) = RM58,860.00 - RM31,200.00
Maka,
RM interest setahun = RM27,660.00 / 5 tahun
RM interest setahun = RM5,532.00
Dengan ini,
RM31,200.00 X (interest % setahun) = RM5,532.00
Interest % setahun = RM5,532.00 / RM31,200.00
= 0.1773 atau 17.73%
Berbaloikah duit kita dibelanjakan sebanyak ini? Kenapa? Sekarang mari kita fikir sejenak.
Harga motor ialah RM35,000.00, interest selama 5 tahun ialah RM27,660.00 dan jumlah keseluruhan instalment anda selama 5 tahun ialah sebanyak RM58,860.00.
Jika kita tolak jumlah instalment selama 5 tahun (RM58,860.00) dengan jumlah harga motor RM35,000.00, maka keuntungan bersih syarikat kredit = RM23,860.00.
Bagaimana pula dengan down payment sebanyak RM3,800.00? Adakah ia betul-betul dapat mengurangkan jumlah instalment bulanan?
Pada pendapat saya, kedai motor akan mendapat keuntungan sebanyak 25% dari harga motor iaitu sebanyak RM8,750.00. Keuntungan ini diterima sejurus permohonan pinjaman diluluskan pihak kredit kepada pelanggan.
Renung-renungkan.