Saturday, July 28, 2012

Terawih @ Surau Kampung Dato' Kamaruddin, Bidor

Kebetulan aku gi shoping @ KL semperna bulan Ramadhan tahun ini (2012), aku mengambil kesempatan balik ke kampung. Apa taknya, 2 kali mengulang ke SOGO beli baju raya untuk anak-anak.

Hari petama kat KL aku dah miss sembahyang terawih, so hari kedua (@ kampung) aku kena sambung ibadah tu kat sini.

Malam tu aku gi awal....sebelum azan Isya' aku dah sampai kat surau tu. Sampai je aku tengok tak ramai jemaah yang datang. Kalau dulu, ramai jemaah dikalangan kanak-kanak membanjiri surau dan pada masa yang sama, keadaan surau pada masa itu agak meriah dengan suara kanak-kanak.

Lepas wuduk, aku terus buat masuk buat solat sunat. Kat dalam surau, kedengaran suara makcik-makcik tengah rancak bersembang ntah apa. Pakcik-pakcik pulak? Ntah la....beberapa kerat aje.

Lepas azan Isya' baru le nampak pakcik-pakcik masuk buat solat sunat dam standby nak solat Isya' pulak.

Lepas solat Isya', bilal pun berselawat menandakan bermulanya solat Tarawih. Aku kira dalam 5 saf aje yang penuh dalam ruang sembahyang lelaki. Mana la perginya budak-budak muda sekarang ni? Kalau dulu budak-budak sekolah yang memenuhi separuh ruang solat ini. Dah menjadi kebiasaan....awal Ramadhan, solat Terawih penuh...lepas tu beransur kurang jemaahnya.

Kalau dulu setiap kali selawat...sahutan selawat berkumandang dengan besemangat, tapi sekarang.....lemah gemalai. Slow aje. Adoi...sedih.

Lepas lapan rokaat...ada yang dah keluar. Tinggal la 2 saf....tu pun tak penuh saf kedua. Aku pun berhajat nak buat 8 aje....tapi sebab imam ni ekspress semacam je, tu yang aku teruskan sampai habis.

Seperti kebiasaan, selepas solat Tarawih, jamuan moreh (makan-makan) diadakan kat luar surau. Aku intai-intai jugak kut-kut ada anak dara yang cun-cun. Hasrat aku nak tengok awek cun tak kesampaian....yang ada semua makcik-makcik. Mungkin diaorang uzur kut.

Masa minum kopi 'O' manis (bahaya tul pakcik-pakcik sini minum manis-manis tiap-tiap malam) aku pun mula buat kesimpulan sendiri, bila difikirkan semula apa yang berlaku pada malam tadi, aku boleh andaikan bahawa penduduk Kampung Dato' Kamaruddin ini sudah menjangkau umur golongan warga emas. Kalau dulu-dulu anak-anak mereka memenuhi ruang solat dan memeriahkan solat Terawih, tapi sekarang mereka semua telah berhijrah.

Beginilah nasib kampung-kampung yang sudah boleh dianggapkan sudah memasuki fasa tua, seusia dengan umur adik aku, dan jika tiada generasi muda yang menggantikan masyarakat di sini, kemungkinan masa depan Kampung Dato' Kamaruddin malap dalam jangkamasa 15 tahun yang akan datang.