Saturday, August 8, 2009

Selamatkah Kita Besok?

Kehidupan kita sekarang ini semakin hari, semakin tidak selamat. Apa taknya, hari-hari dalam surat khabar, banyak cerita pasal orang kena tetak.

Semalam, seorang juru jual kena tetak oleh peragut (Metro Julai 7, 2009). Hari ini aku tak baca surat khabar lagi. Mungkin lepas ni aku nak baca semua akhbar online.

Aku pun tertanya, apa yang berkurangan di Malaysia ini...errrr selain dari kekurangan gula. Tak ada yang kurang. Semuanya bertambah. Ragut, samun, rompak, rogol, cabul, rasuah, bunuh, bunuh diri, tetak, kemalangan, anak kurang ajar, buang anak, zina, khalwat, mabuk, dadah, pengedaran dadah, hisap dadah, proses dadah...dan tah macam-macam lagi masalah jenayah dan sosial yang berlaku seiring dengan kemajuan yang tak seimbang dengan masalah psikologi masyarakat Malaysia ini.

Aku tak tahu apa nak dikaitkan dengan masalah jenayah ini dengan masalah masyarakat Malaysia ini, tapi buat masa ini aku kaitkan dengan masalah psikologi.

Kenapa psikologi? Psikologi adalah satu kajian tentang tingkah-laku manusia. Kajian tentang apa, dan bagaimana, itu bergantung kepada masalah yang berlaku di dalam kelompok masyarakat tertentu.

Pada pendapat aku, kebanyakan masyarakat Malaysia ini mengalami bayak tekanan sehingga mereka ini mengalami masalah psikologi. Bila masalah ini berlaku, maka dekadensi moral juga berlaku ditambah pula kurang didikan agama dan dan moral seseorang itu.

Akibat daripada perkara di atas, maka berlakulah masalah jenayah dan keruntuhan akhlak masyarakat Malaysia hari ini.

Saya tak ada statistik terkini untuk membuktikan bahawa kadar jenayah pada hari ini kian meningkat, tetapi kita boleh lihat di akhbar-akhbar bahawa tiap-tiap hari ada sahaja orang kena tetak, bunuh, samun, ragut, pukul. Tapi walau bagaimanapun, kita boleh layari link website Kerajaan Malaysia ini www.ikdn.gov.my/undi.html untuk penilainan anda.

Sekarang, tanya pada diri sendiri, selamatkah kita besok?