Friday, May 22, 2009

Khutbah Jumaat

Hari ini aku mengantuk betul. Hari pun panas, so aku pun pegi masjid awal sikit. Sebab nak cop duduk kat dalam mesjid. Kalau duduk kat veranda, panas beb.

Masa dengar khutbah, sekali sekala terlelap jugak. Tapi kontrol sikit, supaya tak terkeluar air liur.

Tajuk khutbah pasal belia, tu je la yang aku tau dan dapat tangkap sikit-sikit apa yang pak Imam sampaikan.

Tengah kushuk layan mengantuk, tiba-tiba....jeng...jeng...jeng.... Imam tu pun menyebut "apa yang penting?....apa yang penting?..." secara automatik aku sambut dalam hati....KERJASAMA....kah..kah..kah...aku tersenyum. Dalam khutbah ada terselit cerita Wonder Pet.

Lepas dari tu aku tak ngantuk lagi.

Pasar Borong Pandan, Johor Bahru.

Last night, I went to Pasar Borong Pandan to search for kepala Ikan Merah. Nak buat sup. Perghhh. Terliur teman.

Enjoy the photo:










Baby shark???



Kucing = Cat

Aku memang suka kucing sejak dulu lagi. Masa kecik-kecik dulu aku ada banyak kucing. Bila dah banyak kucing, so banyak le nama-nama kucing yang aku bagi. Antaranya:

1. Kuning (Ning)
2. Cek Mek
3. Kentoi (sebab ekor kontot)
4. Kemek (hidung penyek)
5. Putih
6. Abu (sebab warna kelabu)
7. Ketam (warna hitam....tapi warna sebenarnya kelabu sikit)
8. Comot (lagenda segala kucing)

Kucing ni aku kacau masa dia tengah tidur kat bawah meja tempat aku makan kat kedai.

Ni pulak kucing kat umah aku. Aku tak bela kucing ni, tapi dia yang datang. Kucing ni jenis tak malu. Masa mula-mula jumpa, kurus....aku bagi makanan kucing. Ni kucing betina, tah berapa kali tah dia beranak. Ni pun baru lepas pantang. Ari tu kantoi beromen depan umah. Hampeh betul kucing jantan tu.


Heavy Rain On Highway

It was 5:30 p.m. The heavy rain cause short visuality.


I drove at fast lane in heavy rain at 100 km/h. Kid...do not try this at highway.

Saturday, May 16, 2009

Semester Mei mula dah!!!!

Hari ni start dah untuk semester Mei. Kelas UHB1412....English Academic Comm. Best gak kelas ni..lecturer best...markah bayak masa kat kelas....Aku nak score subject ni la.

Golf Tournament

Hari ni aku sibuk kat golf tournament kat Tanjung Puteri Resort. Kul 6:30 pg lagi dah kene keluar dari banglow.

Pendaftaran sudah bermula.

Selesai tugas, kita pun bergambar.

Note: Kul 11:30 pg aku dah blah dah...sebab aku ada kelas kul 2 ptg. So aku miss makan tengah hari kat Tg. Puteri Golf Resort.

Wednesday, May 13, 2009

My Laptop


Today my laptop is back online after more than a month sent for repair. Unfortunately, its LAN port can not be repaired and not covered in warranty. So I cancel the order and had to pay RM50 for service charge. Hampeh.


Now I used USB LAN port adaptor, and alhamdulillah, my laptop is back online and can voice/video conference.


NIKE T-Shirt

I Got Free NIKE T-Shirt

For golf committee only. My part is wrapping gift only...huarg...huarg..huarg. Just Do It...

Meeting Dengan JKR

Hari ni aku nak try speaking omputeh la dalam blog aku...sempena ada pembaca dari America yang berminat dengan blog aku ni. Here we go.....



Today I got instruction to go for a meeting with JKR (Jabatan Kerja Raya) at Permas Jaya regarding on road upgrading projek for Coastal Highway...from JB to Desaru..if I am not mistaken.



(Cewah..ada sleng omputeh dah...walau pun mulut bau petai).



The problem...a small problem actually...some portion of our gaspipe was run under the paved road shoulder as soon their project completed. So my task is, to make sure the gaspipe is safe under the road and not creat any problem on future. I have to ensure the road design load not make any stress to our gaspipe. For this matter, JKR's consultant should follow on our requirement such as depth of cover to ensure follow the Gas Act 1997 to.



However, my part is okey...but I feel sorry to the JKR's contractor and consultant, because they always be scolded cause of this project got delayed. They all not so young to be treated like a school boy, some guy like same age to my father.



By the way, overall meeting is boring. Lunch also not good. Fried mee hoon and some "kueh".



Najib, sorry to bring you along in the meeting and I know you feel sleepy.

Monday, May 11, 2009

Dubai, kau memanggilku???

Pagi tadi bos aku desak lagi aku suruh aku gi keje kat dubai. Dia kata aku ni muda lagi laaa. Banyak pengalaman keje laaa Pandai buat keje la...Bla bla bla bla laaaa.

Semalam tuan rumah tempat aku sewa sekarang datang jenguk aku. Kebetulan jumpa, sebab pagi tu aku ada buat keje emergency repair kat Pasir Gudang. Sampai je kat umah, tuan rumah aku tu tengah kait buah mempelam kat depan umah aku tu.

So aku pun tanya kat dia, sebab tahun lepas dia dah gi melawat negara UAE tu.

AKU: Ko rasa Dubai tu ada effect negative tak masa ekomi global tak berapa bagus ni?
Tuan Rumah: Tak la.
AKU: Asal pulak?
Tuan Rumah: Ko tau tak?
AKU: Tak tau pulak.
Tuan Rumah: Apa yang kau tau?
AKU: Mana la aku tau. Kau tak bagi tau lagi.
Tuan Rumah: Ohh...sorry.
Aku: Hampeh..
Tuan Rumah: Gini. Pak Arab ni semua simpan banyak duit kat US. So diaorang ni tak boleh senang-senang keluar duit sedebuk gitu aje.
AKU: Abih tu, macam mana diaorang nak enjoy duit depa yang banyak tu. Buang masa je simpan.
Tuan Rumah: So cara nak keluarkan duit tu, Pak Arab ni kene buat projek le. So diaorang ni buat le bangunan, apartment, highway bla...bla..bla. Asalkan boleh keluarkan duit. Soal projek gajah putih ke..apa-apa ke, tu bukan persoalannya. Janji dapat keluarkan duit diaorang.
AKU: Ooooo. Kayenyeeee Pak Arab ni ek. So tak membazir ke namanye tu.
Tuan Rumah: Membazir??? Mana ada membazir...Pak Arab tu dah banyak duit...membazir tu tak kenal dah. Kita yang tak berapa banyak ni....tahu la bab membazir. Yang penting duit mereka keluar dari simpanan US. Diaorang ni buat projek guna cash money. Apa nak risau. Ekonomi gawat ke, masalah globel ke, global warming ke...dia peduli apa....duit dia. Tu sebab projek dia jalan semacam je...walau pun tak ada orang nak sewa ruang pejabat kat bangunan yang tinggi mencakar langit. Satu lagi....diaorang ni tak ada buruh kasar nak keje membangunkan projek diaorang ni. So diaorang hire foreignworker. Tu yang ada peluang pekerjaan tu. Gaji pulak besar giler.
AKU: Dah....diaorang tak boleh buat keje sendiri ke???
Tuan Rumah: Ko ni...diaorang dah kaye....takkan nak jadi buruh kasar lak. Duit dah banyak...takyah keje lagi dah.
AKU: Ye tak ye gak.
Tuan Rumah: Dah ah...ko pegang tangga ni, aku nak naik tinggi sikit nak kait buah mangga tu.
AKU: Ye la..ye la.

Note: Dialog ini hanyalah rekaan dan tokok tambah yang terlampau untuk menyedapkan cerita aje. He..he..he.

Friday, May 8, 2009

Alahai Dubai.

Dubai...ko pun perit jugak ek. Macam mana nak gi keje kat sana? Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....lebih baik di negeri sendiri sebab ada budu dan tempoyak.

MEREKA yang tidak pernah melawat Dubai mungkin tidak berasa perubahan yang berlaku di bandar besar ini, malah mungkin menganggap tanda ‘Untuk Dijual’ di kereta Hummer yang bergerak di lebuh rayanya satu perkara biasa.Namun, hakikatnya, Dubai kini merasai kesan daripada krisis ekonomi dunia. Papan tanda ‘Mesti jual, tinggalkan Dubai’ kini kerap dilihat pada iklan di akhbar ketika pekerja asing cuba menjual barangan terpakai seperti perabot, kereta dan kelengkapan dapur. Jika dilihat lebih teliti, banyak apartmen dan ruang pejabat kini terbiar kosong.Hakikatnya, imej Dubai, demi untung dan impian besar menerima kesan secara langsung akibat krisis itu.Ekonomi yang merudum pada mulanya membantutkan pertumbuhan ekonomi Dubai dan kemudian ia menggugat pertumbuhan pembangunan bandar itu sekali gus menyebabkan kira-kira lima peratus buruh warga asing pulang ke negara mereka.


Laporan yang dibuat Shuaa meramalkan penduduk Dubai bakal jatuh daripada 1.7 juta tahun lalu kepada 1.62 juta pada hujung tahun ini akibat projek pembangunan yang semakin berkurangan sekali gus memaksa pekerja asing pulang.


Meskipun pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendakwa permohonan visa masih kekal sama, penulis laporan itu, Mahdi Mattar menegaskan, jumlah itu mungkin bertambah kepada 10 peratus tahun ini. “Lebih ramai yang mungkin pulang jika golongan menengah India memutuskan untuk meninggalkan Dubai selepas tamat belajar. Hakikatnya, Dubai adalah pusat taufan di rantau Teluk,” katanya.Firma penyelidikan pasaran, Proleads pula melaporkan, sehingga Februari, kira-kira 53 peratus projek pembangunan di UAE dibekukan dan banyak lagi yang mungkin menyusul tahun ini.Senario sama berlaku di mana-mana saja dan syarikat perunding, Jones Lang LaSalle menunjukkan jumlah ruang pejabat yang terbiar kosong di Dubai meningkat dua kali ganda kepada 16 peratus sejak enam bulan lalu.Pihak berkuasa Dubai, bagaimanapun membayangkan senario itu hanya sementara, tapi ada juga pihak yang gembira ia berlaku kerana sekurang-kurangnya kini harga hartanah bakal turun.Bagi sesetengah pemimpin Arab, senario itu menyebabkan mereka menyuarakan perasaan yang sudah lama dipendam akibat keterbukaan yang menjadikan negara itu lebih cenderung mengamalkan budaya Barat iaitu berpoya-poya dan bergaul bebas di kelab malam yang bertaburan di bandar itu.Antara perubahan dilaksanakan ialah tindakan pihak berkuasa melancarkan akta kelakuan di tempat awam yang menghalang orang awam berpakaian menjolok mata.Mustafa Alani dari Pusat Penyelidikan Teluk membayangkan pendekatan baru di Dubai merangkumi perubahan dalam merancang projek mega hinggalah kepada kelakuan harian.“Ketika berjaya, Dubai tidak memikirkan hanya keuntungan dan ada akan menerima apa saja yang dilaksanakan. Kini, masyarakat tidak lagi mahu bersama Dubai,” kata ejen hartanah, Michal Mroz.Meskipun perubahan kini turut berlaku di bandar lain, pesaing utama Dubai, terutama Abu Dhabi dan Doha, Qatar tidak menghadapi krisis sama sepertinya kerana ia masih memiliki simpanan minyak yang besar.Dubai pula bergantung penuh kepada pelabur asing yang mengambil kesempatan terhadap pengecualian cukai yang ditawarkan dan juga dagangan yang dilaksanakan di negara itu.“Dubai adalah contoh globalisasi dan juga pelaburan asing. Ia memiliki reputasi dan contoh sebuah negara yang diurus seperti sebuah syarikat. Namun, ia juga mengalami masalah sama yang dialami syarikat global,” kata Mahdi lagi.Bagi pekerja asing, mereka memiliki cara tersendiri untuk berundur dari Dubai.Di kawasan komersial Dubai, Abdul Gafoor, 43, kelihatan membantu isteri dan dua anaknya berkemas untuk pulang ke Kerala, selatan India sebaik saja sekolah mula bercuti hujung bulan ini. Anak sulungnya pulang ke India tahun lalu selepas perniagaan kosmetiknya mula merudum.Beliau kekal di Dubai dengan harapan bisnesnya pulih kembali, tapi harapannya itu kini sudah berkubur dan dia bersedia pulang bersama keluarga untuk bekerja dengan gaji yang kecil.“Masa depan di sini tidak menentu dan satu-satunya pilihan saya ialah pulang ke India,” katanya yang berhijrah ke Dubai pada 1988.Di Pulau Jumeirah, pulau buatan yang dibentuk seperti pohon kelapa - apartmen milik warga Afrika Selatan, Ramse dan isterinya kini terbiar kosong. Ramse terpaksa berpindah selepas syarikat hartanah tempat beliau bekerja memberhentikannya.Mereka menjual perabot dan kemudian berpindah ke apartmen rakannya di pusat bandar Dubai.“Kami hidup selesa di Dubai sebelum ini, tapi ia berubah begitu pantas. Kini kami perlu memikirkan semasak-masaknya sama ada ingin kekal di sini atau pulang ke Cape Town,” katanya.Bagaimanapun, pemimpin Dubai enggan menunggu krisis ekonomi dunia berakhir dan awal bulan ini satu delegasi melawat agensi promosi utama London bagi mengenal pasti cara terbaik mengatasi masalah yang dihadapi bandar itu.Presiden UAE, Sheik Khalifa bin Zayed Al Nahyan turut memiliki pandangan positif terhadap masa depan negaranya.“Hakikatnya, kedudukan ekonomi UAE di peta dunia bukanlah bersifat sementara atau mudah terhakis,” tegasnya. - AP

Note: Aku cekau artikel ni dari MyMetro Sabtu, 9 May 2009. (Variasi Global).

"Kucing" Idamanku

Apasal la sejak dari semalam aku asyik berangan nak memiliki "kucing" besi ni?


Kalau masa kecik-kecik dulu, aku suka tengok cina bawak benda ni. Siap tiru lagi lepas tu. Gi kat celah akar pokok langsat...pacak 4 batang ranting buat dia punya control stick.....pas tu imagine dalam kepala...aku tengah control jengkauk mengorek longkang. Huh....jauh betul aku punya angan-angan.

Tapi apa-apa pun, benda ni memang berguna, dan tak hapus ditelan zaman.....macam motor RXZ gak. Sorrylah Mat Rempit....gua samakan lu orang punya motor sama jengkaut ni....ha..ha..ha.

Dengan benda ni...aku boleh sewakan....atau bawak sendiri untuk ambik upah....atau....aku sendiri ada projek sendiri.....atau...aku boleh buat amal jariah dengan menggali lubang kubur.

Apa pun....jentera ini memang boleh buat duit. Apa-apahal pun, aku kene dapatkan lesen dia dulu. ALAMAK!!!!!

Perkenankan cita-cita ku...AMIN.

Note: Gambar adalah sekadar contoh sahaja.....tak ada kene mengena aku nak bukak business jual jengkauk.

Dubai oh Dubai

Adakah rezeki aku kat sana? Kalau keje sana....same ke suasana keje kat sini? Apa yang bakal aku lalui kat sana nanti? Macam mana pulak dengan tekanan keje kat sana? Boleh ke aku bertahan, atau kat sana macam "kacang" aje? Atau aku yang akan jadi "kacang"....kacang yang digiling untuk dibuat masak lodeh. Adoi...poning den. Aku baru je start sambung Deg...mana boleh...jalan hidup aku nak sambung Deg....pas tu dapat IR...pastu bukak business sendiri. Aku nak bukak business..tak nak jadi machaiNICLE Engine-nyor. Tak nak keje dengan orang...aku nak jadi TOKE. Toke segala macam business.

Mengantuknyeeee.......

Kenape la mata aku ni mengantuk sangat. Nak menggodam blog ni pun macam tak bermaya aje. Mata aku tak boleh nak tatap pada skrin monitor. Sepet jadinye...tak le se-sepet mata macam dalam citer SEPET. Tapi tak pe....aku ada ubatnya. Nanti ko mata...akan ku titiskan dengan eye drops.